Template by:
Free Blog Templates

7 December 2011

Pasar Tani





Walaupun dalam keadaan cuaca yang agak tidak menentuk sejak akhir-akhir ini, tetapi ia tidak menghalang para peniaga dan penjaja di Pasar Tani di Pekan Kampung Mesjid, Ijok.

Petang tadi, Saya meluangkan masa meninjau gerai-gerai jualan di situ yang kebanyakannya menjual juadan makanan dan lauk-pauk, selain pakaian dengan harga murah.

Saya begitu tertarik dengan kegigahan kebanyakan peniaga tempatan untuk menampung pendapatan tambahan, selain memudahkan lagi penduduk untuk membeli belah.

Cuma barangkali jika, pihak-pihak berkenaan seperti Majlis Daerah dapat mengadakan gerai-gerai jualan terutup yang kekal ia dapat memberi banyak faedah keapda peniaga, terutama pada musim hujan.

Pada masa yang sama Saya juga berharap para penjual akan menjaga kebersihan barangan dan tempat jualan mereka bagi menggelakan jangkitan penyakit.

Keberishan harus diutamakan jika mereka mahu terus mendapat kepercayaan pembeli.

0 comments: