Template by:
Free Blog Templates

16 December 2011

Jejak perpaduan 2







Semua pihak harus memberi sokongan penuh kepada program belia bagi menggelakan mereka terjebak kepada kegiatan yang tidak bermoral.

Para belia mudah merasa kecewa jika tiada pihak atau individu memberikan tumpuan kepada mereka yang ingin menjalankan kegiatan.

Jika mereka sentiasa mendapat sokongan yang padu, Saya pasti mereka tidak mudah terpengaruh dengan kegiatan yang tidak menguntungkan.

Saya berkata demikian di majlis meraikan sekumpulan peserta Jejak Perpaduan 1 Malaysia di Kampung Batu 20 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah, peringkat kedua petang tadi.

Turut hadir Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun, Ketua UMNO Cawangan, Haji Rosli Mat Zain dan Penyelaras Program, Imran Yusof.

Enam daripada 10 peserta yang berbasikan berlepas daripada Perlis dan singgah di beberapa lokasi di DUN Kubu Gajah termasuk peringkat pertama di Pekan Ijok.

Jejak Perpaduan 1 Malaysia ini melibatkan 50 orang peserta yang menjelajah seluruh Negara sejak 31 November yang lalu dan akan berakhir 31 Diesember ini di Shah Alam bagi menyerahkan Buku Jejak Perpaduan 1 Malaysia yang ditandatangani Masyarakat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Program Jejak Perpaduan itu mencerminkan betapa belia kaita sentiasa mahukan perpaduan demi menjamin kesejanteraan dan keamanan rakyat Negara ini.

Perpaduan juga menjadi teras bagi mencapai kemajuan yang pesat dan melicinkan lagi program pembangunan yang diatur serta perlaksanaan dasar Kerajaan.

Pada majlis tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri, para peserta turut menyampaikan cenderhati kepada penduduk tempatan yang hadir.

0 comments: