Template by:
Free Blog Templates

8 December 2011

Jalan Semak




Tidak sampai beberapa bulan sahaja jalan baru dari Kampung Mesjid ke Ulu Mengkuang melalui Kampung Teras dibuka, ia kelihatan agak semak dan tidak diselenggarakan dengan betul.

Dalam tinjauan Saya, di tepi kiri kanan bahu jalan yang menelan belanja berjuta ringgit itu dinaiki lalang dan tumbuhan liar.

Longkang di kiri kanan jalan itu juga penuh dengan sampah dan jika dibiarkan ia akan tersumbat dan boleh menimbulkan masalah kepada saluran air jika berlaku hujan.

Saya berharap pihak Jabatan Kerjaraya (JKR) dapat mengambil tindakan segera dengan mengarahkan kerja-kerja penyelenggaraan dibuat.

Saya sendiri akan membangkitkan masalah ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama minggu depan bagi mempastikan tindakan segera diambil oleh pihak berkenaan.

Saya tidak mahu projek tersebut bagi kemudahan pengguna jalanraya bagaikan menjadi Gajah Puteh disebabkan naik semak samun.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Jika kerajaan membina jalan dari Titi Ijok ke Tebing Tinggi berdekatan markas PAS (jalan Bagan Serai-Selama)sudah tentu kawasan tepi jalan ini tidak menjadi jalan tidak bersih seperti jalan Ulu Mengkuang ini.

Begitu juga jalan Lembah Keluang ke Sungai Krian kerana orang kami lebih rajin mengemaskan tanah dari mreka di sana kerana kami tak harap kerajaan semata-mata.

Sekian.