Template by:
Free Blog Templates

12 December 2012

Ziarah





Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar meluangkan masa menziarah isteri bekas Ketua Pemuda UMNO cawangan Kampung Mesjid, Ijok, Allahyarm Nik Zulkifli bin Mat Isa di rumahnya, tengahari tadi.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut menyampaikan ucapan takziah kepada Rosnah binti Said, 48 tahun diatas kematian allahyarham Nik Zaulkifli 58 tahun baru-baru ini kerana sakit lelah.







Allahyarham seorang yang aktif dalam kegiatan kemasyarakatan meninggalkan seorang balu dan empat orang anak diantara 12 hingga 22 tahun.

Didoakan semoga roh allahyarham sentaisa diletakan disisi orang-orang yang solleh.

1 comments:

Anonymous said...

Perkataan AKTIF dalam organisasi politik hendaklah dilihat dari sudut amalan bukan teori sahaja.

Saya sudah lama dalam UMNO dan yang aktif dipandang oleh orang atasan ialah yang selalu datang mesyuarat dan bising dalam mesyuarat.

Bagi kami orang bawahan melihat jawapan kepada SO WHAT?

Jika itu yang dicadangkan dalam mesyuarat bagi mereka yang aktif SO WHAT? (tindakan susulan dan pemantauan).

Saya lihat yang dikatakan aktif dalam UMNO tanah mereka pun tidak mengeluarkan hasil untuk menambah cukai kerajaan. Tiada semangat kebangsaan.

Jikalau kita mempunyai semangat kebangsaan kita sentiasa mahu menambah cukai untuk pembangunan bukan cukai dari penalti seperti terlambat bayar cukai pendapatan, bayaran ASTRO dll. tapi cukai dari hasil.

Otak saya selalu melihat bagaimana kerajaan dapat menambah cukai ekspot komoditi hasil pengeluaran yang ada dalam LMS.

Kita minta macam2 dari kerajaan. Tapi takkanlah semuanya pemberian itu datang dari Genting dan Petronas.

Saya harap kerajaan ketepikan dulu cukai ekspot getah dan kelapa sawit jika harganya semankin turun dan semua tanah kosong saya harap YB yang akan datang tentukan ia bertanam semula.

Kalau kosong lebih baik wakafkan untuk mendapat saham ASA (Amanah Saham Akhirat). Sepatutnya tok Imam kita khutabahkan perkara ini dimasjid. Tambah sikitdari teks yang diedarkan.

Imam mesti kreatif dengan menambah sedikit isi teks berkaitan dengan isu tempatan misalnya lembu berkeliaran, curi getah, tak peduli jiran, pentingkan diri sendiri dll.

Melayu susah hendak bersatu jika mereka pentingkan diri sendiri.

Sepatutnya mereka mengamalkan WIN-WIN bukan kumpulan elit Melayu sahaja yang sentiasa MENANG atas alasan pengelaman. Bila kita kirim orang pengelaman mereka kata tidak ada kelulusan.

Sebab itu anak YB kita yang awal dulu tumbuk bossnya.