3 December 2012
Rumah
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar bersimpati dengan keadaan rumah, Normidah binti Saad di Kampung Sungai Ara yang terbengkalai kerana kekurangan wang.
Dalam kunjungan Wakil rakyat berkenaan, Normidah meminta bantuan atap zin. Rumah yang dibina beberapa bulan yang lalu masih belum berbumbung dan berlantai.
Normadiah yang berasal dari Ijok baru mendirikan rumah tangga dengan pemuda Sungai Ara dan berharap mendiami rumah di tanah peninggalan Ibunya.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang baru sahaja pulang dari menghadiri persidangan agung UMNO di Kuala Lumpur bergegas melawat rumah Normidah sebaik dihubunggi.
Beliau berharap untuk mendapatkan bantuan daripada Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Baitulmat bagi membantu masalah suri rumah tersebut.
Turut hadir Ketua Kampung Sungai Ara, Haji Abdul Halil Abdullah dan seorang kontrektor tempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Banyak rumah bena upaya dibantu CSR syarikat melalui kerajaan.
Kalau nak cepat dapatkan direct dari syarikat seperti Sime Darby yang ladangnya ada di Kubu Gajah.
Hari ini parlimen beritahu harga sawit turun sebabny tak sama dengan apa yang dikatakan Tan Sri Mohd. Isa Samad (FGV)
Cina beli kacang soya (bukan minyak soya). Hampasnya jadi makanan binatang.
Adakah kita ekspot buah sawit atau minyak sawit?
Kita perlu jual hasil minyak sawit. Kita ada orang kuat Timbalan Menteri komoditi sudah tentu tahu apa yang hendak diekspot. Minyak, buah atau hasil daripada minyak sawit?
Cadangan saya kita mesti ada bandar kelapa sawit di mana semua bahan dari sawit dan komoditi hasil dari minyak sawit dapat di proses. Hasil daripadanya barulah diekspot kerana harga hasil minyak sawit tidak turun2 seperti buah sawit.
Saya lihat syarikat kita banyak macam nak ampu kerajaan sahaja.
Jika YMDS minta bantuan dari CSRnya munkin meereka tidak peduli.
Tapi kalau PM dan TPM mereka dengan cepat memberi bantuan seperti hub pendidikan tinggi di Pagoh.
Sepatutnya IPTA hendaklah juga di bina di Krian dan di LMS. Tapi tiga2 di Pagoh kerana koridor utara mengutamakan pembangunan sumber manusia (BUKAN DI PAGOH) ....Janji ditepati
Saya masih mensyorkan ahli parlimen kita yang akan datang mesti ada ketokohan untuk menjadi PM. Kalau tidak tempat kita akan tidak membangun.
Semasa saya di Johor dulu semua orang takut ke Penggerang kerana bila ambil gaji kena melalui Changi Point.
Semasa itu Selama dan Batu Kurau sudah berkemkembang.
Tapi sekarang Selama dan Batu Kurau jauh ketinggalan dari Penggerang.
Apa nak jadi dengan LMS. Dulu ada MB pun tak boleh buat apa2. Asyik membangunkan tempat DAP (Lembah Kinta)
Nampaknya UMNO membantu membangunkan negeri pembangkang (Selangor dan PP)
Bayangkan kalau pembangkang naik tahun ini.
Pulau Pinang akan jadi Singapore dan Selangor jadi macam Taiwan.
Persidangan UMNO takut kita kalah. Habislah Melayu tapi di Pulau Pinang dan Selangor pun macam sudah nak habis Melayu.
Rumah murah akan jadi 300,000 ke atas. Minah mana yang boleh beli rumah tersebut.
Inilah dikatakan polisi Lee Kuan Yew.
Lepas itu mereka pecah Melayu kepada Jawa, Petani, Banjar, Mendailing, Bugis, Rao dll.
Kalau begitu Melayu jadi 10% seperti yang terjadi di Sumatra Timor akhirnya masyarakat Serigar dan masyarakat Jawa dan Serigar yang meskin memberontak menyinkirkan kaum Melayu dan Sultan Mereka. Mereka tidak kata perkauman tapi pemberontakan SOCIAL pada tahun 1946. Ada juga orang Sumatra katakan ANTI-MELAYU kerana penyokong Sultan pun dibunuh. Mereka bukan duduk di istana.
Orang Melayu berketurunan batak mula menghidupkan Marga mereka kerana ketakutan dihumban kumpulan pemberontak ini.
Yang anti Malaysia sekarang ini ialah saki baki pemberontak 1946. Mereka anti Melayu. Melayu pula ramai di Malaysia.
Sepatutnya yang jadi kakitangan duta kita di Jakarta hendaklah bertaraf FBI untuk membuktikan dakwaan saya.
Kalau YMDS baca di laman web mereka, mereka amat benci yang gemok dan boroi. Bagi mereka, mereka ini orang kaya atau pun bangsawan, anti-sosial
Problem pembangunan di Malaysia amat simple untuk difahami.
Jika saya buat aduan kepada yang berwajib mereka lambat2kan untuk mengatasi aduan tersebut.
Tapi jika kita suruh YMDS mereka tangkas bertindak.
Jika TPM suruh bina 3 universiti di Pagoh Syarikat lekas bertindak.
Tapi kalau YMDS suruh Sime Darby bina universiti di Kubu Gajah mereka tak peduli kerana tiada power yang lebih kuat pada YMDS.
Kalau tanya Boustead mereka kata sudah bina universeiti di Semenyih.
Masalah yang sebenar ialah mereka yang berwajib melihat kedudukan mereka yang membuat aduan.
Kalau orang yang berkehendakkan rumah dari Yayasan Bina Upaya atau Batulmal meminta rumah sudah tentu dilambatkan atas alasan siasatan perlu dijalankan.
Tapi kalau minta nmelalui YMDS siasatan kurang dibaut sedalam2nya.
Sisatan miskin senang saja YMDS.
Kalau suami atau isteri pemohon tidak mempunyai lesen pemandu motor sikal sudah tentu mereka miskin. Tak payah siasat sampai ke liang lahat.
Saya pernah bekerja sebagai pegawai penyelidik. Itulah cara yang paling senang untuk mengetahui mereka yang miskin. Cara lain banyak yang tipu YMDS.
Ada setengah tu dia kata atoknya kaya jadi tak perlu diberi bantuan.
Kalau atoknya ada 40 ekar tanah. Cucunya pula 50 orang. Adakah cucunya juga dianggap kaya.
Kita tak boleh tahu?.
Dulu Yusup tonggek (Jalan simpang ke FELCRA) broker tanah yang paling besar/popular di Tebing Tinggi. Tapi anaknya semua dapat bantuan tanah.
ADUN Selama juga broker tanah yang terkenal tapi cuba lihat kekayaan beliau sebelum jadi YB,
Saya masih mengharapkan YMDS mensyorkan sesuatu undang2 kecil diadakan supaya mereka yang dapat tanah kampung tersusun membina rumah mereka dengan segera supaya Bandar Kubu Gajah menjadi realisasi.
Undang2 tersebut ialah dengan menarik balik tanah tersebut jika mereka tidak membina rumah di tanah tersebut.
Gua Musang menjadi bandar setelah banyak taman perumahan dibina disekitarnya.
Masalah kita ialah kita takut penyokong lari tapi kita tidak ada 'INTEGRITI' kerana pembangunan tidak mengikut sasaran. Mereka bukan nak buat rumah tapi nak jual tapak rumah jika harga berganda2.
Projek tidak mengikut sasaran adakah dalam pemantauan PAC?
Bila Tan Sri Mohd Isa hendak membandarkan tanah FELDA di Penggerang saya sudah merasai transformasi yang saya hajati selama ini,
Jika PM hendak membina financial centre di KL saya anggap seperti transformasi strategi lama.
Tapi kalau dekat KLIA atau Putrajaya saya anggap seperti transformasi baru.
Saya hairan kerajaan tidak peka cadangan YB Lim Kiat Siang. Beliau kak mahu pembangunan ditambah di KL tapi kerana KL menjadi CONGESTED.
Sepatutnya TRANSFORMASI hendaklah dijalankan seperti di Pondok Tanjung dan Briah.
Inilah yang tersirat dalam hati YB Lim Kiat Siang. Adakah PM tahu jika financial centre dekat Sepang Pak Arab turun kapal terbang sudah mula beniahga tanpa sejam lagi nak sampai KL baru nak berniaga.
Orang Arab ni sombong sikit masih suka ke England dan Amerika tapi kalau kita ada menteri pelancongan yang lebih pandai kita boleh katakan Malaysia destinasi keluarga yang termurah di dunia dan Bangkok/Manila menjadi destinasi bachelors asalkan tambang teksi tak penipu.
Cuba YMDS naik teksi dari Taiping ke Kubu Gajah. Dia sapu kita tambang perbatuan pergi balik. Begitu juga dari Selama ke Kubu Gajah. Sepatutnya tambang sehala sahaja. Dulu saya pernah kena dari KL ke Kubu Gajah.
Salah satu tujuan kerajaan (JANJI DITEPATI) mngadakan koridor Utara NCER ialah untuk merapatkan jurang pendapatan secara saksama.
Adakah kerajaan tahu cara mengukur saksama atau ekuiti?
Indeksnya bukan menggunakan per capita tapi ialah dengan menggunakan indeks GINNI COEFFECIENT.
Kalau kita nak ukur per capita pun Jajahan Selama ialah kawasan yang mendapat per capita yang paling rendah sekali jika dibandingkan dengan per capita jajahan2 yang lain di PERAK.
Sebab itu saudara mara YMDS dan saudara saya dan lain2 meninggalkan jajahan Selama kerana tidak dapat memberi pekerjaan lebih daripada yang kita harapkan seperti orang kampung YMDS yang pernah jadi CPO Melaka (Datuk Nordin Teruna) dan Mufti Pertama Perak, 'Melenggang Lengok Anak Siapo', Ketua perhubungan UMNO Pulau Pinang dan ramai lagi yang terbilang dan gemilang. Profesor pula ada dua orang dan ramai lagi yang lain.
Demontrasi Baling dan Selama diadakan di tahun yang sama. Tapi cuba YMDS bandingkan kemajuan pekan Selama dan Baling.
Yang saya hairan Tuan Sheikh pun tinggalkan UMNO padahal Kulim menjadi bandar yang paling maju di koridor Utara.
Apa dia mahu lagi. Harga rumah emaknya pun lebih sejuta.
Saya takut ramai lagi orang UMNO jadi macam Tuan Sheikh.
Harap PAS jangan ambil janda2 berkudis UMNO.
Tadi diTV President Party Berjasa mengatakan parti pembangkang macam gabungan ayam serama, musang dan bruang.
Berjasa pula saya lihat seperti anjing salak bukit, tak runtuh2.
Sampai masanya UMNO melihat isu kroni dan nepotism ada di mana2 parti baik pun DAP, PAS, PKR, BN, Dll.
Isu ini selalu dibangkitkan DAP dan PKR tapi mereka juga mengamalkan nepotism. PAS kita menantu pun munkin akan dilantik jadi calom MP bagi LMS. Harap PAS tidak lagi mengamalkan NEPOTISM kalau mahu menang dan elakkan window dressing politic (macam ayam serama). Mereka mempunyai calon yang baik tapi tidak menggunakan kelulusan universiti mereka untuk memajukan LMS. Akhirnya pakar komunikasi seperti Dr. PAS selalu ada communication breakdown hingga maklumat tidak samapi ke akar umbi. Itulah kelemahan calon PAS di LMS.
Bagi kita masih menggunakan cara dan strategi lama untuk kekal tapi orang muda mahu melihat perkara baru. Inilah kelemahan UMNO LMS.
Kesimpulanya jangan bawa isu yang akan makan diri sendiri.
Kalau perkara ini dieksploitasi UMNO. UMNO akan menang di PR13, tapi calon kita malas buat homework, hanya nak jadi YB sahaja.
Saya lihat Mentri Kebudayaan kita tidak pandai menggunakan strategi untuk keamanan.
Ceramah di TV tadi sepatutnya dihadiri belia Cina dan India sahaja supaya mereka dapat melihat mesej maufakat berteraskan perlembagaan.
Mentri Kebudayaan sepatutnya mengundang mereka ini supaya generasi muda tahu macam mana BN maufakat.
Post a Comment