23 December 2012
penyerahan beg dan beras kampung masjid
Kerajaan Perak turut memberikan penekaan kepada bantuan kebajikan masyarakat dengan tambahan peruntukan RM 2 Juta dalam Bajet 2013 menjadikan lebih RM 22 Juta.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam pembentangan bajet lebih RM 900 juta di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, berharap ramai lagi penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui peruntukan tersebut.
Perkara ini dinyatakan Ahli dewan undagan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika merasmikan majlis mesra bersama pemimpin di Kampung Mesjid, Ijok, petang tadi.
Beliau menyeru Ketua-Ketua Kampung menyediakan senarai penduduk miskin dan memerlukan bantuan untuk didaftar ke JKM.
Beliau menegaskan, Mereka yang layak, tetapi gagal untuk mendapatkan bantuan tersebut harus segera menemui Ketua-Ketua Kampung bagi membuat laporan kepada pihakyang berkenaan.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menegaskan, melalui program membangunkan semula pekan Ijok, ia akan membantu meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk, disamping membuka peluang perniagaan yang lebih luas.
Pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah dipertanggungjawabkan melaksana program tersebut yang melibatkan sebahagian besar bangunan lama di pekan berkenaan.
Beliau menyeru masyarakat agar tidak semudah itu menerima dakyat dan fitnah yangt ditabur oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menafikan bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Besar.
Seramai 300 orang miskin dan warga emas dan pelajar sekolah menerima sumbangan di majlis yang diadakan di dewan terbuka Kampung Mesjid, Ijok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment