Berikut adalah teks ucapan Saya ketika mengambil bahagian dalam
perbahasan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr
Zambry Abd Kadir di siding Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Syukur alhamdulillah dan terima kasih kerana memberi Kubu Gajah
peluang membahaskan Bajet Negeri Perak 2013.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan penghargaan
serta terima kasih kerana diberi kesempatan untuk turut serta menzahirkan rasa
tahniah
BismillahirRahmanirRahim. Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya,
memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kita berlindung kepada Allah dari
kejahatan diri kita dan keburukan amalan-amalan kita, barangsiapa yang Allah
tunjuki maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barang siapa yang Allah
sesatkan maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah. Saya bersaksi bahawa
tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah, dan
saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw. adalah hamba dan utusan Allah swt.
Secara keseluruhannya, Bajet 2013 yang dibentangkan YAB Pangkor
semalam memperlihatkan kesungguhan dan iltizam menggunung kerajaan negeri
Barisan Nasional Perak dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat.
Berjumlah RM948.47juta dengan peruntukan pembangunan berjumlah
RM322.2 juta dan RM626.27 juta untuk perbelanjaan mengurus, saya melihat bajet
bertemakan ‘Negeri Sejahtera, Rakyat Terbela’ ini sebagai bertepatan dengan
kehendak dan keperluan rakyat segenap lapisan di negeri ini.
Apa yang pasti, bajet ini menyaksikan lebih 50 titik tumpuan
dengan izin, Touch Point yang bakal memberi manfaat lansung kepada rakyat serta
usaha berterusan kerajaan mengurangkan defisit.
Bajet 2013 yang dibentangkan
semalam. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, saya ingin merakam pujian
kepada kerajaan negeri khususnya YAB Pangkor kerana berani dan tanpa
berselindung bajet berkenaan sebagai deficit
Kerajaan Perak menggunakan
kaedah yang berbeza kerana turut memasukkan perbelanjaan pembangunan sebagai
antara komponen utama dalam penyediaan bajet.
Di Perak, kita campur semua
iaitu perbelanjaan pengurusan dan pembangunan itu adalah jumlah kos kita dan
pengiraan bajet kita berdasarkan hasil dikutip tolak kos pengurusan dan
pembangunan.
Saya percaya rakyat Perak pasti
gembira dengan pembentang bajet 2013 oleh YAB Pangkor meskipun membentangkan
bajet deficit tetapi sejak 2008 sehingga 2012 lagi, namun kesemuanya berakhir
dengan beroleh lebihan pendapatan.
Memberi penekanan kepada lima
fokus utama iaitu menjana aktiviti perniagaan dan memacu ekonomi, membentuk
modal insan syumul, membina generasi
berjaya, memperkukuhkan infrastruktur dan kualiti kemudahan awam,
mensejahterakan rakyat dan membina masa hadapan yang cemerlang, bajet ini saya
sifatkan sebagai terbaik setakat ini.
Inilah bukti komitmen kerajaan
negeri memandangkan ia memperuntukan lebih 50 peratus daripada perbelanjaan
pembangunan diagihkan secara langsung kepada program-program mensejahterakan
serta menselesakan kehidupan rakyat.
Apa mengujakan saya, kerajaan
negeri telah memperuntukan sebanyak RM42 juta untuk sektor pendidikan bagi
membentuk modal insan syumul dan membina generasi berjaya.
Antara program yang dilaksanakan adalah di bawah inisiatif Gagasan Perak Amanjaya Harmoni (AsAH) yang selari dengan usaha kerajaan negeri hendak melahirkan masyarakat yang mempunyai keupayaan menepati keperluan semasa dan mempunyai sahsiah yang tinggi.
Buat pertama kalinya, 1,100
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) seluruh negeri akan diberi peruntukan
sebanyak RM2.2 juta, mengikut bilangan pelajar sekolah masing-masing. Saya
percaya, semua PIBG akan mendapat manfaat termasuk di kampung-kampung termasuk
di kawasan saya.
Lebih daripada itu, murid dan pelajar mendapat manfaat di mana RM2.5 juta diperuntukan bagi program tuisyen online untuk membolehkan mereka mengulangkaji pelajaran secara on line di rumah masing-masing, percuma.
Penduduk di kampung-kampung
juga akan terus mendapat manfaat apabila pelbagai inisiatif sedia ada
diteruskan malahan banyak lagi diperluaskan.
Antara program baharu bakal
dilaksanakan tahun depan yang perlu diberi pujian ialah pemasangan lampu jalan
kampong dan bayaran bil, program transformasi minda, program pencegahan
jenayah, peruntukan sukan OKU dan program pencegahan dadah.
Saya juga berterima kasih
kepada kerajaan negeri kerana bersetuju menambah peruntukkan Bantuan Am Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM2 juta menjadi RM22.84 juta bagi
membolehkan kadar bantuan minimum RM150 yang diterima ketika ini dikekalkan.
Mana kita nak cari kerajaan
yang begitu prihatin seperti ini, begitu juga Program Bantuan Rumah dan Program
Bantuan Barangan Makanan yang akan diteruskan. Komitmen kerajaan Barisan
Nasional harus diakui dan pembangkang mesti sedar, inilah dia dinamakan janji
ditepati!
Di kesempatan ini, saya
mengucapkan tahniah kepada Lembaga Air Perak (LAP) yang akan memperluaskan
program tanggungjawab sosial agensi itu dengan membantu rakyat miskin melalui
pemberian bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan.
Mulai Januari 2013, LAP juga
akan mengecualikan bayaran bil air bagi 20 meter padu pertama untuk semua rumah
ibadat Islam dan bukan Islam. Natijahnya ribuan rumah ibadat mendapat manfaat
secara langsung.
kesempatan ini, saya ingin
menyentuh sedikit berhubung komitmen kerajaan negeri untuk melaksanakan
pelbagai program yang akan melonjakkan nama negeri ini ke persada antarabangsa.
Era globalisasi dan dunia tanpa
sempadan telah membuka ruang dan peluang yang luas untuk negeri Perak
dipromosikan ke peringkat antarabangsa.
Di samping melonjakkan lagi
pelancongan, usaha mengantarabangsakan negeri Perak akan menyemarakkan lagi
bidang ilmuan, pemindahan teknologi, galakan perdagangan serta penerokaan
bidang dan peluang baru dalam perindustrian serta peningkatan pelaburan.
Saya ingin menyentuh sedikit
mengenai aktiviti sukan seperti disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Pangkor.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM3juta kepada portfolio kebudayaan, belia dan
sukan untuk menganjurkan Pelancongan Sukan.
Sebanyak Sembilan acara
dikenalpasti termasuklah Perak
International Iron Bound Challenge, AAM International Malaysian Rally
Championship, International Paintball, Kejohanan Antarabangsa Sepak Takraw
Piala Menteri Besar. Motocross International Drift Challenge, Jet Ski International
Pangkor Challenge, Pangkor International Mountain Bike Challenge, Perak 4 X 4
International Bukit Larut dan Motocross 4 Circuit International Challenge.
Buat makluman Datuk Speaker,
saya sendiri sebelum ini telah berusaha dan dengan inisiatif sendiri bersama
sokongan kerajaan negeri Perak khususnya YAB Menteri Besar telah berjaya
menganjurkan 4X4 Road to Kubu Gajah. Acara ini telah pun dimasukkan dalam calendar pelancongan
negeri dan saya berterima kasih atas sokongan yang diberikan.
Ribuan penonton membanjiri trek di Felda Ijok dan pada tahun ini, ia
merupakan edisi ketiga penganjurannya. Pesertanya bukan calang-calang, selain
peserta tempatan, terdapat juga dari negara jiran, Thailand, Singapura dan
Indonesia telah mendaftarkan diri.
Pada tahun ini seramai 80 oerang peserta mengambil
bahagian dalam perlumbaan 4X4 termasuk pelumba tempatan dari Pantai
Timur dan Utara berbanding sekitar 40 orang tahun lalu.
Hadiah ditawarkan untuk pelbagai katogeri - buggy harcore, medium core
manakala cubross 2 stroke, 4 stroke dan terbuka. Ia mendapat liputan meluas
media cetak dan elektronik seperti TV3 serta beberapa rangkaian lain.
Melalui penganjurannya, Ijok dan daerah Larut Matang dan Selama
menjadi bualan peminat sukan lasak ini dan ia terbukti menjadi tarikan baharu
kepada sector pelancongan setempat.
Justeru, saya memohon kerajaan negeri khususnya exco berkaitan untuk
mempertimbangkan memasukkan 4X4 Road to Kubu Gajah sebagai salah
satu acara dalam usaha mengantarabangsakan Perak.
Ia
sudah terbukti dan saya percaya, 4X4 Road to Kubu Gajah akan menjadi pencetus minat terhadap sukan
lasak tersebut di kalangan masyarakat tempatan sekali gus pemangkin kepada
sosio ekonomi penduduk setempat.
Saya
berharap, 4X4 Road to Kubu
Gajah diberi perhatian serius dan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.
Saya juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana
bakal meningkatkan keupayaan kawasan perindustrian Kamunting yang merupakan
kawasan menjadi fokus utama memandangkan ia berada di dalam lingkungan Koridor
Utara.
Dengan pembangunan kawasan industri yang bakal dikenali
sebagai ‘Greater Kamunting’ itu ia dijangka dapat bergerak terus sehingga ke
kawasan Batu Kurau dan Larut dan sekaligus menggalakkan pelaburan di kawasan
itu.
Saya percaya ia
dapat membantu untuk menambahkan lagi kawasan tapak industri di Kamunting dan
terus berkembang sehingga ke kawasan utara termasuk ke Parlimen Larut meliputi
Kubu Gajah.
Apa yang saya lihat sekarang adalah keperluan industri di
kawasan Kamunting semakin meningkat dimana ia perlu diperbaiki atau ditambah
nilai kerana orientasi insdustri yang telah berubah.
Selain itu, saya juga berterima kasih kepada kerajaan
negeri kerana telah menaiktaraf pekan-pekan kecil termasuk di Kubu Gajah dan
Ijok sebelum ini. Diharap, lebih banyak limpahan pembangunan dapat dijayakan di
kawasan tersebut selepas ini.
Saban hari kita terpaksa berdepan dengan pelbagai asakan bertali arus
pembangkang yang menggunakan pelbagai pendekatan baharu di media baharu, media
siber.
Fitnah dan dakyah dilemparkan kepada kerajaan negeri ini dibimbangi
memberi kesan kepada rakyat meskipun saya yakin, semua sudah membuka mata
selepas melihat kepincangan pembangkang sendiri.
Namun, saya berharap kerajaan negeri harus sedar mengenai isu ini dan
apa yang saya lihat, instrumen ada yang gagal melaksanakan misi nya dengan
sempurna.
Suara Perak mesti diperkasa dan pro aktif, begitu juga dengan
instrument-instrumen penerangan lain yang dimiliki kerajaan negeri Perak.
Secara umumnya, meskipun Bajet 2013 ini bakal mengalami defisit, saya
yakin ia akan dapat diselesaikan dengan pengurusan cemerlang sepertimana yang
berlaku pada bajet tahun lalu dimana kita mempunyai lebihan atau surplus.
Bajet kali ini sudah tentu telah mengambilkira semua aspek dalam usaha
untuk memastikan negeri serta rakyatnya dapat maju dan membangun dengan
seiiring.
Bagi saya, Bajet 2013 juga dilihat dibentuk seiiring dengan Belanjawan
Negara 2013 dimana ia dianggar sebagai satu usaha yang baik untuk kesejahteraan
rakyat.
0 comments:
Post a Comment