Template by:
Free Blog Templates

9 December 2012

Bola





Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah bakal memiliki dua buah padang bola sepak yang lengkap dengan lampu limpah dengan kos lebih RM 2 Juta.






Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika mengumumkan demikian berkata, mulai tahun depan perlawanan bola sepak boleh diadakan pada sebelah malam.



Sebuah padang tiruan berharga RM 1.5 juta akan dibina di Pekan Kubu Gajah manakala sebuah lagi dengan kos RM 1 juta merupakan pembinaan sebuah mini stadium di Felda, Ijok.

Lawatan tapak bagi padang tiruan Kubu Gajah telahpun diadakan pada hari Jumaat yang lalu. Tawaran bagi kedua-dua projek berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.







Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan sembilan sebelah terbuka merebuat piala Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin di Padang Majlis Daerah Bagan Baharu, petang tadi.

Turut hadir ADUN Selama, Datuk Daud Yusof yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Annuar Ariffin dan Bekas Ketua Pemuda, Hasbullah Elias.

Beliau berharap melalui pertandingan tersebut ia bukan sahaja dapat meningkatkan mutu bola sepak tempatan, bahkan juga mencungkil bakat-bakat terpendam.









Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga berharap melalui perganjuran sukan ia akan dapat memupuik semangat muhibbah dan perpaduan kaum yang lebih baik demi masa depan negara.















Pasukan Kaliama dari Perak muncul Juara dengan hadiah wangtunai RM 5,000, tempat kedua dimenanggi pasukan SUFC dari Negeri Kedah yang membawa pulang hadiah wangtunai RM 3.500 manakala ketiga pasukan Real Mesra dari Pulau Pinang dengan hadiah wangtunai RM 1,500 selain piala.

Sebanyak 93 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan yang julung kali dianjurkan itu di empat gelanggang di Batu Kurau dan juga Selama.

1 comments:

Anonymous said...

Pemain bola kita masih ramai guna passing pendek di mana lawan senang merampas bola.

Passing panjang pula tidak fokus.

Dalam holi kami pilih mereka yang pandai menampan bola terus senyak yang dilpilih.

Tapi dalam bola keadaannya berlainan.

Lepas itu juruhebah kita macam tidak dengan pasukan kita bila berlawan bukan di tempat sendiri mereka akan kalah.

Dulu bila saya berlari di mana pun menang. Di Kulim, King Edward, di Kuala Kangsar tapi pendapat juruhebah sentiasa menganggap kita jaguh kampung.