Template by:
Free Blog Templates

2 December 2012

PJK-Felda



Para peneroka di tanah rancangan Felda, Ijok dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah yang mengosongkan rumah mereka diseru supaya, kembali mendiaminya.






Ini adalah kerana jika rumah berkenaan tinggal kosong ia bimbang bangunan itu menjadi reput dan menrugikan peneroka itu sendiri.

Perkara itu dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan karnival dan hari terbuka pusat jalur lebar komuniti (PJK) Felda, Ijok, petang tadi.

Turut hadir pengurus felfa, Ijok, Haji Shahauddin Dat, bekas timbalan setiausaha kerajaan Pulau Pinang, Datuk Abu Hassan Shaari dan ketua kampung, Haji Shukur Haji Jaman di sekolah agama rakyat.

Kebanyakan rumah peneroka yang tinggal kosong itu samada yang telah meninggal dunia atau berpindah ke tempat lain.








  
Pada masa ini difahamkan terdapat sekitar 45 daripada 599 buah rumah peneroka di felda, Ijok yang ditinggal kosong tanpa diduduki.


Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga pengerusi jawantakuasa kira-kira wang negeri (PAC) Perak mencadangkan jika mereka enggan tinggal di felda ada baiknya, rumah berkenan disewakan kepada generasi kedua yang tidak miliki rumah atau dijadikan homestay.

Beliau berharap rumah yang ditinggal kosong itu bukanlah disebabkan perebutan keluaraga akibat kematian peneroka asal, tetapi jika ada eloklah ia diselesaikan secara baik.






















Mengenai PJK, beliau menyeru agar kemudahan media sosial tidak disalahgunakan bagi menyebar fitnah, sebaliknya untuk tujuan berintreksi.

Dunia siber adalah bagi meningkatkan ilmu dan pengetahuan manusia.

Pelbagai pertandingan sukan dan kegiatan luar seperti memasak dan membuat teh tarik diajnjurkan.

6 comments:

Anonymous said...

Saya lihat penyibaran fitnah sudah berlelasa.

UMNO mesti saman mereka yang buat fitnah sebelum PR 13 kalau nak menang PR tersebut.

Lagi satu yang saya harapkan kepada YMDS tumpukan isu setempat. Jangan peduli peringkat Federal kerana Menteri tak kan duduk diam.

Isu kita janji ditepati peruntukan membasmi banjir dan menaik taraf pekan Kubu Gajah dan Ijok.

Isu YMDS bangkitkan ialah rumah kosong tapi tidak tanah tapak rumah kampung tersusun yang kosong.

Jika mereka yang dapat tanah kampung tersusun membina rumah di situ sudah tentu Kubu Gajah akan jadi Bandar.

SElalunya isu ini tidak dapat diatasi ialah kerana ada ahli keluarga/kawan rapat kita yang tidak membina rumah.

YMDS hendaklah buat macam kerajaan Brunei mengambil balik tapak tanah kampung tersusun jika tiada rumah. Jika kita hendak tegakkan negara Islam kita hendaklah mengambil tindakan mereka yang pembohong (tidak membina rumah di situ, malahan dijual pula kepada orang lain.

Susah juga hendak menjadi negara Islam kalau ramai yang pembohong. Ada kawan kita pendapatn lebih 3,000 tapi dapat BR1M. Sebab itu kita mesti memilih Ketua Kampung yang mengenal kaki tipu di kampung mereka.

Bukan sebarang orang boleh jadi ketua kampung jika bersebahat (sign saja borang tanpa usul periksa) dengan permohonan yang menipu.

Anonymous said...

Harga SAHAM FELDA semankin menurun.

Hujung bulan Disember lagi turun sebabkan cornerstones menjual saham mereka.

Saya harap orang FELDA jual lekas2 sebelum cornerstones jual saham mereka kerana kita boleh beli balik jika ia turun 4 ringgit.

Saya harap pakar pelabur kita Ustaz Nazri Din dapat menolong orang FELDA kalau beliau betul2 perihatin.

Yang saya tahu beliau sahaja yang lulus diploma pelaburan di Kubu Gajah.

Orang UMNO memang ada tapi duduk di KL

Anonymous said...

Rumah bapa YMDS pun kosong juga.

YMDS pun takut duduk di situ. Mana tahu ular senduk dan tedung selar munkin sudah berumah di situ Ular tersebut sudah di temuai di semua rumah di kampung YMDS.

Buatlah rumah tersebut sebagai rumah gerakan UMNO bagi PR 13 supaya tidak jadi RUMAH ULAR.

Kalau tidak selang2 dengan rumah Batu Kurau. Rumah tersebut lagi rugi dari rumah di FELDA.

Anonymous said...

Saya lihat persidangan UMNO banyak hentam parti lawan dan menerangkan pembangunan.

Tapi di Perak pembangunan libih pesat diadakan di kawasan parti pembangkang terutama sekali DAP.

Di Malaysia Selangor dan Pulau Pinang menerima projek pembangunan lebih daripada negeri UMNO kecuali Johor.

Kalau kerajaan asyik memajukan tempat DAP seperti di Lembah Kinta, Batu Gajah dll. sudah tentu ramai orang Melayu mengundi pari pembangkang. Adakah Melayu akan terus melukut di tepi gantang?

Anonymous said...

Katakanlah ada 24 calon baru di Pahang.

Walaupun mereka berhenti, jawatan penting akan diberikan kepada mereka.

Ahli UMNO yang lain dapat apa kalau oarng yang sama dapat semuanya.

Isu ini tidak dibangkitkan di persidangan UMNO munkin mereka yang hadir tidak memerlukan ini semua mereka sudah ada kedudukan dalam politik. Yang penting jadi wakil persidangan, cukuplah.

Anonymous said...

Untuk pengetahuan orang FELDA Ijok keuntungan suku tahun ketiga bagi FGV tiada dividen.

FGV hanya mulai untung seperti yang dirancangkan pada tahun 2015.

Sekarang mereka mahu tolong Africa Selatan. Akhir2nya kita ditengellamkan negeri Filifina, Africa Selatan dll yang dapat bantuan FGV.

Downstream pun tak untung.
Gula kita makan sama banyaknya tiap2 tahun tapi tak untung juga. Harga mankin naik bila kita beli tapi bila FGV jual harga mankin turun. Inilah yang saya katakan GOD MUST BE CRAZY. Tolong tengok filem ini.

Susah nak cakap la.

FELDA tanam klon Yangambee. Kadar Peratusan perahan minyaknya 28%. Cuba lihat harga buah Yangambee di jual di rem Sungai Dendang? Turun padanglah. Lihat sendiri.