Ahli-Ahli
UMNO dinasihatkan agar menumpukan perhatian bagi kempen kemenangan Pilihanaya
Umum (PRU) yang akan datang daripada memikirkan soal pemilihan jawatan dalam
parti.
Kemenangan
Parti pada PRU ke 13 lebih penting kerana ia merupakan penentu masa depan
Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Demikian
dinyatakan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja
Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis pemantauan persiapan jentera PRU ke
13 anjuran Pergerakan Wanita UMNO Perak di Dewan Masyarakat Kampung Tersusun
Kubu Gajah, pagi tadi.
Naib
Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamalia Ibrahim, Ketua Wanita UMNO Perak,
Datuk Rosnah Kassim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Daud Yusof dan ketua
Wanita Bahagian, Sawipah Yahya adalah diatara 200 wanita yang hadir.
Katanya,
jika UMNO gagal pada PRU ini, masa depan orang melayu juga akan turut terjejas
dan lebih membimbangkan lagi jika ekonomi tidak stabil dan perkembangan agama
semakin dipertikaikan.
Beliau
percaya wanita akan terus menjadi kumpulan penting dalam meraih sokongan dan
undi menjelang PRU yang akan datang.
Justeru,
beliau sentiasa memberikan sokongan kepada aktiviti pergerakan tersebut bagi
memantapkan jentera parti.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah menegaskan, perpaduan parti menjadi keutamaan kekuatan BN menghadapi Pilihanraya yang akan datang dan soal ini tidak boleh dikompromi.
Datuk Rosnah kemudian diberi taklimat
mengenai persiapan bilik Gerakan BN Parlimen Larut.
Wanita Perak adalah dalam siri
lawatan menjelajah seluruh Negeri untuk menemui ahli-ahli mereka.
1 comments:
Kalau kita hendak meningkatkan ekonomi perlulah kita memilih wakil Melayu yang pencapaiannya cemerleng kedudukannya dalam bidang ekonomi supaya disegani bangsa asing.
Dulu semasa saya bekerja, orang Cina tak komplen saya kerana kelulusan saya lebih baik dari mereka.
Yang komplen saya hanya orang Melayu kerana mereka melihat KOSMETIK (bergaya, ketokohan )saya sahaja.
Saya berhenti pun disebabkan Melayu, terutama sekali mereka yang pandai cakap tapi tiada hasil.
Kalau agama kita hendak dihormati Baginda Sultan hendaklah membuang negeri mereka yang asyik mengata2 tentang agama Islam. Kalau dari Semenanjong Buang ke Labuan. Kalau dari Malaysia Timor buangkan ke Pulau Pinang.
Kalau kita hendak bersatu padu jadilah tauladan apa yang terjadi tentang pemilihan calon PAS di Selama.
14 undi diberikan kepada Dr. dan hanya 9 diberikan kepada payung terjun Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin.
Saya harap PAS tak pilih berdasarkan nepotisme kerana parti pembangkang selalu sebut UMNO nepotisme/kronisme.
PAS janganlah jadi parti nepotisma. Mesti ada keadilan. Beri peluang Dr, Jadi YB.kerana undi Cina/India pun boleh dapat.
Post a Comment