Template by:
Free Blog Templates

16 December 2012

Jalan

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar bimbang dengan keretakan yang berlaku di jalan dari Kampung Teras ke Ulu Mengkuang,




Kejadian itu disedari penduduk beberapa hari yang lalu dan jalan itu yang siap awal tahun lalu merupakan kemudahan perhubungan yang terbaru yang dilaksanakan bagi menghubunggi Kampung Mesjid dan Kampung Teras di Ijok dengan Ulu Mengkuang di Ulu Selama.

Jalan yang berharga lebih RM 30 juta itu menjadi sibuk bagi pengguna yang datang dari Kedah dan juga sempadanan Negara Jiran, Thailand.


















Beliau yang melawat ke situ petang tadi, juga terkejut bila diberitahu kerja-kerja membaiki cerun yang rebak akibat tanah runtuh telah tertangguh kira-kira tiga bulan yang lalu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa mengambil tindakan sewajarnya mengenai masalah yang berlaku bagi menggelakan berlaku sebarang kejadian yang tidak diinggini berlaku.

Turut hadir dalam lawatan ADUN tersebut ialah Ketua Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam.

0 comments: