Template by:
Free Blog Templates

27 December 2012

Banjir



Sebanyak RM 38 juta akan dibelanjakan bagi ptojek mencegah banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang akan mula dilaksanakan tahun depan.





Daripada jumlah tersebut, RM 11.2 juta adalah bagi kos pengambilan tanah seluas 478 lot bagi penduduk yang terlibat dengan program menaik taraf sungai Ijok manakala selebihnya bagi kerja-kerja menaik taraf sungai-sungai Ijok

Demikian dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis taklimat banjir dan dialog, petang tadi.

Jurutera Kanan Daerah Larut, Matang dan Selama, Mokhtar Hasran adala diantara 300 orang yang hadir di Dewan Terbuka Kampung Mesjid, Ijok.











Sungai-Sungai yang terlibat dengan projek menaik taraf itu ialah sepanjang kira-kira 38 kilometer bermula dari Tebing Tingga hingga Sungai Jernnih, Kelian Gunung

Katanya, bagi menaik taraf sungai Ara dan Pulau juga dalam dun Kubu Gajah sebanyak RM 15 juta diperuntukan yang akan dilaksanakan awal tahun depan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap Jawatankusa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dapat memberi kerjasama dan sokongan bagi menjayakan rancangan baik pulihprojek mencegah banjir.

Beliau juga menyeru penduduk memberikan kerjasama jika berlaku penempatan semula agar projek mencegah banjir ini tidak tertangguh sepertimana yang dijadualkan.

0 comments: