Jawatankuasa pemantauan bagi mempastikan mereka yang layak menerima bantuan kebajiukan dicadang ditubuhkan, selain dipercepatkan proses permohonan.
Ini kerana jika proses yang begitu lama di ambil, maka ramailah mereka yang memerlukan bantuan, akhirnya terpingir dan diabaikan.
Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar dalam sesi soalan Lisan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masuk ke hari ketiga, hari ini.
Jika ada laporan daripada Ketua Kampung mengenai bantuan segera yang perlu diberikan oleh pihak berkenaan, sudah wajar diterima pakai.
Umpamanya, ada sebuah keluarga anak-anak yatim di kawasan beliau iaitu di Kampung Sangkut seramai lima orang, kini hidup melarat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sewajarnya sudah membantu mereka.
Masalah ada kes penerima yang telah meninggal masih menikmati bantuan tersebut dan kes menarik balik kelulusan yang diberikan turut dibangkitkan di sidang membahaskan bajet 2013..
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata, Ketua Kampung wajar diberikan kuasa mendaftar atau memperakui permohonan mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terutama di kalangan Warga Emas.
Katanyua, Mereka ini tidak seharusnya menunggu begitu lama untuk mendapatkan bantuan dan jika dapat pun ada di kalangan mereka yang telah meninggal dunia.
Sidang DUN bersambung besok bagi membahaskan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment