Template by:
Free Blog Templates

15 December 2012

PM-veteran




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar turut hadir memeriahkan program pelancaran pengikhtirafan Veteran 1 Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, pagi tadi.

Perdana Menteri dalam ucapannnya mengumumkan tujuh inisiatif bagi tingkatkan mutu kehidupan bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Diantaranya ialah menyediakan peluang pekerjaaan, latihan keusahawanan, bantuan baik pulih dan bina rumah baru yang mendapat tepukan gemuruh lebih 60,000 orang yang membanjiri padang Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir adalah diantara tetamu yang hadir.

Datuk Seri Najib yang bersemangat dalam ucapannya menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak akan mengabaikan tanggunjawab menjaga kebajikan atm, termasuk mereka yang bersara.

Terdahulu, beliau diiringgi kumpulan tradisi pelbagai kaum 1 Malaysia masuk ke pentas utama perlancaran tersebut.

4 comments:

Anonymous said...

Bagaimana pula tentang veteren UMNO?

Saya syaorkan mana-mana YB UMNO yang pencen (veteren)dan tidak membantu berkempen di PR 13 hendaklah diberhentikan memegang kedudukan yang berprestij seperti Senator, pengarah syarikat dll.

Gantikanlah orang UMNO seperti Cikgu Abu Samah Aliddin, Cik Gu Wahid Hj. Nordin dan yang tidak mempunyai kedududukan yang tinggi dalam UMNO menjadi pengarah syarikat, senator dll.

Sebagai contoh abang YB TS Anuar Ibrahin seorang CikGu pernah jadi pengarah IOI. Cuba lihat IOI sekarang ini.

Diharap pemimpin UMNO tidak mengecil2kan kebolehan ahli UMNO biasa. Jangan sentiasa menggap orang tiada pengelaman tak boleh mendapat kedudukan dalam bidang lain dan begitu juga berkelulusan tinggi.

Jika ada ahli UMNO biasa yang berkelulusan tinggi tidak boleh dilantik jadi senator atau pengarah syarikat kerana mereka tiada pengelaman.

Kalau ada orang UMNO ahli biasa yang berpengelaman pula dikatakan tidak mempunyai kelulusan.

Ini lagi strategi yang selalu dibuat orang asing untuk menyinkirkan orang Melayu.

Sekarang ini mereka gunakan Bahasa Inggeris. Kalau nak jadi CEO atau Chairman mesti mereka yang pandai berbahasa Inggeris.

Tapi bila kita hantarkan orang Melayu yang pandai berbahasa Inggeris pula mereka katakan tiada kelulusan perakaunan atau tiada kelulusan universiti luar negara.

Bila kita hantar yang lulus luar negara mereka mahu Harvard dan Oxford,

Jika kita hantarkan Harvard barulah mereka katakan belum ada kerja kosong buat pada masa ini.

Bila ada kerja kosong anak dia pun sudah mencapai umur 21 tahun.

Inilah politik pekerjaan.

Anonymous said...

Bila kita menyebut rakyat didahulukan YMDS hendaklah melihat Kadar OER kelapa sawit di kedua kilang minyak sawit yang ada di kawasan ADUN Kubu Gajah.

Harga buah sawit di kawasan kita kurang daripada kadar OER tempatan. Adakah harga ini betul.

Kalau kita dahulukan rakyat kerajaan hendaklah peka dengan harga buah sawit yang dijual kerana ia lebih rendah dari kadar OER 18%.

Begitu juga getah hari pertama. Harga tidak sama dengan harga getah kadar getah kering yang terdapat di getah basah.

Saya selalu jual getah dan 3 minggu sekali jual kelapa sawit.

Jika kita beritahu pembeli mereka macam tak tahu perkara ini kerana belian dibuat berdasarkan harga borong.

Di LMS rakyat ramai ada sawit dan getah. Jika rakyat didahulukan kerajaan hendaklah memantau harga getah dan buah kelapa sawit supaya tidak dimonopolasi pembeli getah dan sawit.

Begitu juga harga getah di NS dan Trengganu lebih tinggi dari di Kubu Gajah.

Jika rakyat didahulukan selaraskanlah harga getah.

Harga buah kelapa sawit turun tapi cuba YMDS turun padang beli menyak kelapa sawit. Harganya tak turun2.

Dulu hampas sawit saya dapat free tapi sekarang saya kena beli tapi saham sawit turun. Malahan semua sisa buah kelapa sawit sekarang ini dijual kilang di Kubu Gajah.

Dulu masa harga buah sawit naik kami dapat sisa buah sawit secara percuma. SEkarang semuanya ada nilai.

Syarikat KUB (milik UMNO) hendak bina kilang di Mukah. saya harap kapisiti pengeluaranya 100%.

Mana dia ahli UMNO yang pandai memajukan syarikat. Kalau mereka betul2 pandai majukanlah KUB supaya sahamnya naik $3.00 seperti multi-purpose (hak MCA).

Bila kita sebut pencapaian (growth dan dividen)diutamakan carilah pengarah yang dapat menguntungkan dan memperkembangkan KUB menggantikan pengarah2 yang sedia ada.

Kerajaan masih memmilih Melayu yang tak dapat memberi dividen yang tinggi dan memperkembangkan syarikat menjadi pengarah syarikat.

Kalau kita asyik memilih Melayu yang tiada PENCAPAIAN jadi pengarah syarikat malulah kita kepada orang Cina dan India.

Pemilihan Senator juga tidak dipilih berdasarkan saling melengkapi. Wakil masyarakat yang tiada menjadi ahli Parlimen sepatutnya dipilih jadi Senator supaya bill/undang2 kita bertambah mantap jika dibahaskan.

Begitu juga duta kita. Kalau tujuan kita nak dapat FDI sebagai contoh kita mesti pilih duta yang pandai cakap bahasa Rusia jadi duta ke Rusia. Begitu jua ke India bukan mereka yang pandai Tamil tapi bahasa resmi India selain daripada Inggeris. Ke Indonesia mesti pandai cakap Jawa dll. Semua kakitangan di duta Jakarta sepatutnya semuanya pandai cakap Jawa. Kaki tangan Konsul di Medan pandai cakap batak, Acheh,Melayu dilek Tanjung Balai dll. Orang UMNO ramai yang boleh cakap bahasa Acheh, Melayu loghat Tanjung Balai dan Batak tidak dipilih menjadi kakitangan konsul di Medan, Sebagai contoh sahaja.

Anonymous said...

Ahli UMNO biasa yang gemilang, terbilang dan cemerlang kita tidak ketengahkan. Kita penggap mereka.

Yang kita ambil perhatian lebih ialah mereka yang jadi pemimpin UMNO dan angkatan tentera hingga gaji ATM selalu disemak semula.

Saya setuju ATM yang selalu membina rumah orang miskin dinaikkan gaji mereka. Begitu juga yang membina jambatan. Sepatutnya gaji mereka diberikan berdasarkan bonus tahunan.

Sebagai contoh jika mereka dapat bunuh komunis di sempadan Kalimantan bonus mereka hendaklah diberikan sejuta ringgit. Bonus hendaklah dikira berdasarkan performans seperti pemain badminton. Bukan ikut pangkat.

Jika mereka dapat menangkap penyuludup dadah sempadan Siam bernilai berjuta2 ringgit bonus mereka juga diberikan berdasarkan berjuta2 ringgit.

Cadangan saya ini munkin tidak realistik tapi membuat askar bertambah rajin.

Saya suka gaji saya tidak dinaikkan tapi bonus saya tinggi jika performans saya membanggakan negara seperti pemain badminton.

Anonymous said...

Kampus universiti akan di bina di Pondok Tanjung.

Biasanya kursus yang dittawarkan tidaklah bertindeh dengan kursus yang sudah sedia ada di universiti.

Saya sangat setuju jika universiti Pondok Tanjung yang diwar2kan pada bulan Mei berteraskan fakulti haiwan ternakan, perikanan air tawar dan perhutanan.

Banyak ikan air tawar yang terdapat dari jalan Taiping hingga ke kolam Bukit Merah terutama sekali dari Sungai Briah Kiri.

USM pula pernah menjalnkan kajian perhutanan di hutan simpan pondok tanjung.

Tapi kursusnya hendaklah berasakan perusahaan downstream dan upstream misalnya kita lantik pensyarah kunjungan dari IKEA untuk mengajar rekabentuk hasil kayu kayan yang paling laku di pasaran.

Peperiksaannya hanya 30% teori. Yang lainnya ia mesti berdasarkan produk examinations/pamiran.

Jangan banyak teori nanti jadi universiti tak laku (susah dapat kerja)

Saya berpegang kepada Harvard dan universiti terkemuka.

Mereka berpendapat hanya 50% ilmu yang dapat dari guru. 80% dari kerja mengahsilkan produk 100% kalau kita menyelidik, kreatif dan inovatif.

Saya harap universiti Pondok Tanjung jangan pentingkan teori tapi lebih kepada kreativiti inovatif untuk mengsilkan breed seperti Raja Boer, Pondok Tanjung Boer, ikan kelisa breed TT dan Cangkat Lobak atau Briah. Kayu Geharu klon D'Paris (nama minyak wangi), D'Cologne dsbnya.

Pelajaran difreekan jika kertas kerja dapat menguntungkan kerajaan disiapkan untuk tahun akhir unibersiti, sarjana atau kedoktoran.

Jangan bagi free pada mereka yang dapat semua A tapi hasilnya sifar seperti yang ada sekarang. Ada kawan saya dapat semua A tapi bila kerja hasil yang diusahakan tidak setaraf dengan gred A.

Pensyarah hanya naik pangkat bila mereka dengan pelajarnya menghasilkan sesuatu yang menguntungkan kerajaan.

Itulah impian saya terhadap universiti pondok tanjung yang mementingkan product oriented examinations but not theoretical/academic universiti yang mementingkan peperiksaan bertulis kecuali subjek seperti bahasa.

Ambil pensyarah yang mempunyai kelulusan profesional tapi bukan akademik seperti D. Acc., Dr.Business Admn, Dr. Education, Dr.Undang2 dsbnya tapi bukan D. Falsafah kerana mereka ini ramai yang pandai cakap sahaja tapi tiada hasil. Think Tank konon. Akhirnya presiden Berjasa katakan kita menghasilkan pelajar seperti AYAM SERAMA. Sijil cantik tapi hasil tiada. Cuba YMDS lihat mereka yang chit chat dalam blog YMDS. Pandai komplen sana dan komplen sini tapi mereka sendiri tidak mengeluarkan hasil sejajar dengan kelulusan mereka. Saya kenal mereka YMDS tapi YMDS tak kenal mereka.

Sebagai contoh lihat IDR. Mereka pandai cakap hendak bina jalan Jelapang ke Selama tapi hingga sekarang habuk pun tak ada. Inilah hasil daripada kelulusan akademik/ teori sahaja merancang sesuatu yang tidak dapat direalisasikan atas alasan wal hasil balik asal.