Template by:
Free Blog Templates

21 December 2012

DUN-Bajet





Sidang Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) yang berakhir lewat petang tadi telah meluluskan bajet 2013 lebih RM 900 Juta yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir Isnin lalu.

Ketika menggulung perbahasan, berlaku sedikit ketegangan diantara dua wakil Pembangkang dengan pihak Kerajaan.






Dalam jawapan perkara yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika perbahasan, telah diberitahu bahawa perlumbaan sukan lasak, 4X4 Road to Kubu Gajah telah diiktiraf oleh Kerajaan Negeri sebagai salah satu program tahunan yang mendapat sambutan.



Program yang diilhamkan oleh ADUN berkenaan mampu menyuntik kehadiran penonton yang ramai di sesabuah kawasan luarbandar.



Lebih penting ia dilihat mamu memupuk semangat perpaduan di kalangan semua peringkat tanpa mengira kefahaman politik dan bangsa.

Isu mengenai kelewatan mengambil tindakan keatas satu projek reban ayam yang dibina tanpa kebenaran juga turut dibangkitkan di sidang tersebut yang berakhir petang tadi.

0 comments: