Template by:
Free Blog Templates

24 December 2012

Wanita






Ahli-ahli UMNO Perak diseru berdiri teguh dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan presiden parti untuk mempastikan kemenangan cermelang pada pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

Kememangan Barisan Nasional (BN) penting bagi menjamin kestabilan politik dan masa depan rakyat dan negara.

Demikian ditegaskan ketua UMNO bahagian Larut. Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan perjumpaa jentera pergerakan wanita UMNO bahagian Larut di Kubu Gajah, petang tadi.

Naib ketua wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamalia Ibrahim adalah diantara lebih 300 orang yang hadir di dewan masyarakat kampung tersusun Kubu Gajah.

Ahli-ahli parti perlu bersatu mengutamakan kemenangan BN dan ketepikan dulu soal pemilhan jawatan dalam UMNO.
 













Agenda menubuhkan kerajaan ini lebih penting untuk menentukan hala tuju negara dan masa depan rakyat.

Tidak ada gunanya lagi memegang jawatan jika parti gagal berkuasa dan membentuk kerajaan.

Jadikan iktibar pengalaman pahit selama 11 bulan adun BN Perak menjadi pembangkang.

Beliau yang juga adun Kubu Gajah sokongan padu juga wajar diberikan kepada menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry  Abdul Kadir untuk mempastikan bn kekal menguasai kerajaan negeri pada PRU ke 13.

0 comments: