Template by:
Free Blog Templates

28 December 2012

Tentera





Hasrat seorang bekas tentera, Ahmad bin Saad, 55 tahun di Kampung Tebing Tinggi memiliki rumah baru selepas rumahnya terbakar, akhirnya tercapai juga.





Pihak Tentera Malaysia (ATM) telah bermurah hati membantu mendirikan rumah beliau yang dijangka siap 100 peratus bulan januari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja haji Omar mengadakan lawatan meninjau kerja-kerja membina rumah tersebut yang dibuat secara gotong royong.

Rumah yang bernilai RM 40,000 dengan tiga bilik mula dibina awal November lalu.

Seramai 20 orang anggota Tentera dari Taiping terlibat membina rumah tersebut.

Mereka adalah dari Regimen Kejuteraan Taiping yang diketuai, Kapt. Syakir.

Kesemua anggota berkenaan menumpang tinggal di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi selama mereka terlibat menyiapkan rumah Ahmad.





















Rumah Ahmad yang tinggal bersama isteri tiga orang yang lain terbakar hangus dalam kebakaran tahun lalu.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin turut melawat kebakaran yang berlaku pada 20 Mei itu.

Pada masa ini, Ahmad menyewa sebuah rumah di Tebing Tinggi,
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Kampung Tebing Tinggi, Nor Azemi Sabran.

0 comments: