24 June 2012
Rumah
Seorang ibu tunggal berusia 52 tahun di kampung Sungai Dalam merayu untuk memiliki sebuah rumah baru.
Halimah Bt. Mat yang mempunyai empat anak kini tinggal di sebuah rumah kecil yang langsung tidak berbilik di atas rizab jalan.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji omar pagi tadi melawat Halimah dan anak-anaknya dan bersimpati dengan keadaan keluarga tersebut.
Jabatan kebajikan masyarakat (JKM) diminta membantu Halimah yang kematian suami, Abdul Razak, baru-baru ini.
Dengan bantuan JKM, setidak-tidaknya dapat membantu meringankan bebanan keluarga berkenaan.
Mengenai rumah beliau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin akan mendapatkan bantuan yayasan bina upaya (YBU) Perak tidak lama lagi.
Turut hadir ketua kampung sungai Malau Dalam, Haji Abdul Hamid Bin Ibul Hassan dan ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Ada lagi ibu tunggal di Sungai Malau Dalam, iaitu isteri En Ismail yang telah meninggal dunia.
Post a Comment