Template by:
Free Blog Templates

12 June 2012

Risda








Risda disaran mengenal pasti tanah-tanah terbiar milik individu bagi dimajukan, sekalipun harga getah tidak stabil.

Justeru, risda digesa mengadakan kempen penerangan di kampung-kampung dengan kerjasama jawatnkuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Pekara itu dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar pada program bersarapan pagi bersama pekebun-pekebun kecil di pekan kampung Masjid, Ijok pagi tadi.

Turut hadir pegawai Risda daerah Larut, Matang dan Selama, Ahmad Bin Teha, pegawai perhilitan daerah, Nor Sharim B. Mohammad Nor, pengurus Felcra gagasan sungai Malau, Haji Abdul Razak Ismail dan penghulu mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali.

Pada masa ini terdapat seramai 1,200 orang pekebun kecil dengan keluasan tanah kira-kira 2,400 ekar dikawasan sekitar Mukim Ijok.

Kebanyakan kawasan tanaman pekebun kecil di Ijok yang terlibat dengan ancaman banjir masih terkawal.

Pegawai-pegawai Risda sebagai agensi Kerajaan perlu sentiasa turun kebawah untuk memperjelaskan isu-isu berhubung tanaman semula.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin memuji program yang diadakan hari ini untuk mendamping pekebun kecil.

0 comments: