Template by:
Free Blog Templates

2 June 2012

Perhubungan

UMNO Perak mengadakan mesyuarat perhubungan di Ipoh malam tadi.

Ia dipengerusikan menteri besar perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga ketua badan perhubungan UMNO negeri.

Mesyuarat tertutup itu lebih tertumpu kepada persiapan menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke 13.

Ketua-ketua UMNO bahagian yang hadir telah mengemukakan laporan dan isu di bahagian masing-masing.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu gajah turut hadir.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Jika UMNO dapat membezakan kehendak ahli UMNO dengan kemuahan pengundi BN saya percaya BN akan menang di LMS.

Tapi saya lihat LMS hanya dapat memahami kehendak ahli UMNO tapi tidak mahu menyelami kemahuan pengundi BN.

Kalau di Pulau Pangkor UMNO hendaklah mengikut kehendak ahli UMNO, tidak perlu bersusah payah mencari kehendak pengundi BN.

Ramai orang PAS yang lari dari UMNO disebabkan mereka tidak suka sesetengah pemimpin UMNO bukannya mereka bencikan UMNO.

Ada juga disebabkan kerana tak dapat habuan tapi bilangannya amat sedikit.

Sebab itu jika PM orang yang bijak beliau harus tidak memilih calon yang ada berita anginnya sangat buruk dan tidak mengikut kehendak Islam atau pun mana2 agama seperti rasuah/skandel duit/perempuan/lelaki (bagi yang homo)