Template by:
Free Blog Templates

30 June 2012

Komuniti



















Malaysia tidak terkecuali mengalami nasib yang sama seperti Mesir dan beberapa negara Islam yang lain jika huru-hara dan kekacauan terus berlaku.

Justeru, perpaduan harus diutamakan jika keamanan yang diingini sepertimana yang ditunjukkan ketika negara diancam pengganas komunis.

Pengganas komunis akhirnya mengaku kalah dan meletakkan senjata kerana gagal menembusi kekuatan perpaduan rakyat.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar ketika berucap meraikan lawatan rombongan komuniti 1 Malaysia dari dewan undangan negeri (DUN) Kijal dalam parlimen kemaman, Terengganu.

Rombongan seramai 44 orang termasuk wanita yang diketuai penghulu Mukim Kijal, Shahrul Azuan Shafie turut diraikan jamuan makan tengahari di pusat perkelahan Lata Panggung, Kampung Teras, Ijok.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menegaskan soal perpaduan jangan dipandang mudah sebaliknya perlu diberikan keutamaan oleh semua pihak tidak kira dimana.

Perbezaan politik tidaj bermakna rakyat harus korban soal perpaduan dan keamanan.

Perhimpunan haram tidak menyelesaikan masalah sebaliknya mengancam keselamatan negara dan menjejaskan kestabilan ekonomi.

Turut hadir penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali dan pegawai penerangan daerah Larut. Matang dan Selama, Rahmat B. Haji.

0 comments: