Template by:
Free Blog Templates

22 June 2012

PAC






Jawatankuasa kira-kira wang (PAC) Perak menegur kerana ada agensi kerajaan yang melaksanakan projek tanpa perancangan akibatnya berlaku pembaziran.

Pengerusi PAC Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata dalam mesyuarat hari ini jawatankuasa dimaklumkan oleh jabatan audit ada projek dibawah peruntukan pelancaingan di Taiping yang sudah siap dibina, tetapi masih tidak diguna.

Kos projek dianggarkan lebih RM 8juta, tetapi termasuk kemudahan katil dan almari serta kemudahan yang mungkin lebih daripada itu.

Masalahnya sudah dua tahun siap, tetapi hingga sekarang belum diguna kerana timbul tarik tali antara dua agensi kerajaan siapa yang akan menguruskannya.

Diantara dua agensi sendiri tidak dapat memutuskan siapa yang sebenarnya bertanggungjawab menguruskan projek pelancongan tersebut.

PAC akan memanggil kedua-dua agensi berkenaan tidak lama lagi untuk mendapatkan penjelasan mengenai pekara tersebut.

Setelah mendengar dan mendapat penjelasan daripada kedua-dua agensi berkenaan, PAC akan buat cadangan kepada kerajaan pengurusan yang sewajarnya keatas projek pelancongan itu.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS
PAC sepatutnya memutuskan siapa yang menang tarik tali asalkan tidak merugikan kerajaan.

Saya cadangkan PAC juga melihat rancangan kerajaan supaya dilaksanakan. Terlalu banyak janji tapi bandar Kubu Gajah, Ijok dan Batu Kurau belum siap lagi, kerajaan meneruskan lagi janjinya, tak habis-habis.

Cuba kemaskan dulu bandar tersebut barulah buat janji lain.

Ini belum pun janji lama ditunaikan kerajaan berterusan berjanji lagi.

Akhir2nya ada orang sabotaj seperti cadangan untuk membina lapangan terbang di Briah.

Nampaknya lebuh raya pun akan lebuh juga akhirnya.