Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abd Kadir berharap, usaha Kerajaan Negeri mengatasi masalah menyediakan perumahan bagi lebih ramai rakyat memilikirumah terutama, di kawasan luarbandar akan dapat diperluaskan dengan pembukaan lebih banyak lagi sekim perumahan yang mampu dibeli oleh mereka.
Katanya, begitupun, masalah tapak dan lokasi yang sesuai kadangkala menyebabkan berlaku sedikit kelewatan perlaksanaan projek tersebut.
Dr Zambery berkata demikian dimajlispecah tanah satu projek perumahan ketika melawat Dewan undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar, Ahli Parlimen Larut,Hamzah Zainuddin yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komodities, ADUN Selama,Datuk Mohd Daud Yusop, ADUN Batu Kurau, Kapt. (B) Najmuddin Elias dan Pegawai Daerah Laru, Matang dan Selama, Datuk Harun Rawi.
Dr Zambery menambah, pembinaan rumah flat (pangsa) Nampak murah, tetapi sebenarnya melibatkan kos yang tinggi.
Beliau menegaskan banyak lagi aktiviti pembangunan dapat dilaksanakan dikawasan luarbandar,jika Barisan Nasional (BN) terus diberikan kepercayaan oleh rakyat pada Piihanraya Umum (PRU) yang akan datang.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin dalam ucapan aluannya berharap kawasan-kawaasan pendalaman seperti Kubu Gajah akan terus mendapat perhatian Kerajaan Negeri dan Pusat kerana pekan-pekan kecil juga dahagakan kemajuan.
2 comments:
YMDS,
Kelemahan rumah pembinaan kerajaan ialah memberi tapak atau rumah kepada speculators sebab itu bandar kecil tidak membangun.
Perkara ini saya selalu sebutkan seperti tanah tapak rumah kurnia masih tidak dibina dengan rumah atas alasan wang tidak mencukupi.
Saya memohon rumah kerajaan atau tapak rumah hendaklah dijual balik kepada kerajaan dan kerajaan pula memberikannya kepada orang lain.
Dengan yang demikian bandar kecil seperti Kubu Gajah, Pondok Tanjung, Redang Panjang akan membangun.
Ayoh YMDS suruhlah mereka membina rumah di kampung tersusun di Kubu Gajah dan lain supaya ia cepat membangun seperti Gua Musang,
Jikalau YMDS tidak berbuat demikain masyarakat memandang serong kepada kerajaan kerana kerajaan takut untuk membuat tindakan sesuatu kerana jika kerajaaan berbuat demikian kroni mereka yang terlibat menjadi spekulators cari untung berniaga atas angin, tanpa usaha.
Kerajaan Perak beli FGVH hampir 15 juta.
Saya harap mereka ada pakar saham untuk main saham dan masa bila simpan jangka panjang.
Ramai reramalkan 6 bulan dari sekarang harga saham FGVH turun hingga 2.80 sen sesaham.
Saya harap sebelum 6 bulan kerajaan mainlah saham betul2. Enam bulan lagi baru simpan jangka panjang untuk untung lipat ganda (termasuk dividen)
ATAU pun tambah saham 6 bulan lagi.
Soro pun main saham YMDS.
Gunakan short selling untuk duit PR 13 suapaya kampung kita ada bendera, tak sunyi lagi.
Sepatutnya IDR kita bijak dalam kes ini.
Post a Comment