Template by:
Free Blog Templates

18 June 2012

Jalan bahaya








Jabatan kerja raya (JKR) diminta agar segera memperbaiki kerosakan jambatan di titi Ijok berdekatan Kubu Gajah yang mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Sebahagian penghadang jambatan tersebut musnah ekoran satu kemalangan yang dikatakan membabitkan sebuah kenderaan baru-baru ini.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar meninjau keadaan penghadang jambatan tersebut petang tadi.

Sebuah kenderaan yang dikatakan terbabas telah melanggar penghadang jambatan sungai Ijok itu dan ia boleh mendatangkan bahaya.

Jambatan titi Ijok itu adalah laluan utama pengguna dari Selama ke Taiping.

Turut sama melawat jambatan itu ialah naib ketu UMNO bahagian Larut, Fauzi Kassim dan ketua UMNO cawangan titi Ijok, Saad Yusof.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Adakah Ketua Kampung kita tahu pada siapa hendak mengadu tentang masalah tertentu.

Misalnya bagi jambatan mereka hendaklah mengadukanya ke JKR, bukannya kepada ADUN.

Saya lebih suka adun kita memntingkan pembangunan ekonomi supaya orang kita tidak lagi berhijrah ke BANDAR seperti orang kampung YMDS sendiri.

Kalau YMDS bangunkan tempat kita semua saudara mara kita di kawasan ADUN Kubu Gajah akan berhijrah balik ke kampung.

Sebagai contoh anak pinak Hj, Amin tak ada yang mewah apabila mereka berhijrah ke bandar. Tapi kalau ke kampung kelapa sawit sudah tentu menunggu 3 ribu ringgit sebulan.

Tapi kenapakan mereka masih duduk di bandar? Salah satu sebab ialah pendapatab tambahan dan kemudahan.Kesimpulannya ialah pembangunan seperti yang ada di Taiping. Saya takut AJK politik kita pun ramai datang dari Taiping.

Kalau kita pilih dari Taiping mana mereka tahu orang miskin di kawasan ADUN Kubu Gajah?

Adakah Hj.Putih dan dan Pak Darus (di Kg. YMDS)lebih miskin daripada Razali Yusup (AJK)FELCRA?