Jambatan konkrit di Kampung Sungai Segar berkeadaan bahaya jika usaha memperbaiki tebing sungai yang telah runtuh tidak dibaiki segera.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar meluangkan masa meninjau keadaan tebing sungai tersebut dan meminta Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Daerah bertindak segera sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.
Dalam tinjauan itu mendapati tebing sunga berkenaan semakin terhakis bahkan ada sebahagian tanah telahpun dihanyut oleh air yang deras.
Beliau juga berharap penduduk yang sering menggunakan jambatan tersebut agar berhati-hati kerana bimbangkan keselamatan mereka, terutama pada musim hujan.
Turut hadir Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Jambatan itu adalah satu-satunya perhubungan penduduk di situ dan jika runtuh penduduk akan menghadapi masalah.
0 comments:
Post a Comment