Kerajaan diminta mempertimbangkan penubuhan sebuah Kampus Universiti yang bersesuai di kawasan Pusat Ternakan Negara di Ladang Sungai Segar-Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung.
Pada masa ini, seluas kira-kira 3,000 ekar tanah milik Jabatan Haiwan di situ sedang dimajukan dengan ternakan Kambing Bore peringkat nasional.
Hasrat tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar dalam satu memorandu kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketiak hadir dalam satu majlis perhimpunan rakyat di Batu Kurau, tengahari tadi.
Kebetulan, projek ternakan kambing bore itu dilaksanakan ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Pertanian.
Kampus Universiti tersebut dirasakan penting sebagai usaha kearah memaju dan meningkat lagi taraf ekonomi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah khasnya dan Parlimen Larut pada keseluruhannya.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin telah juga membangkitkan cadangan tersebut di sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang lalu.
Pembukaan kampus terebut akan menjanakan ekonomi penduduk dan pekan-pekan kecil sekitarnya seperti Kubu Gajah, Ijok dan Batu Kurau.
Beliau berharap perkara itu mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak Kerajaan terutamanya Timbalan Perdana Menteri jika hasrat Kerajaan ingin memajukan kawasan luarbandar.
2 comments:
YMDS,
TPM 'suruh' Sime Darby bina Universiti di Pagoh.
Boustead bina universiti di NS
Saya pun tak tahu macam mana TPM nak bina universiti di Pondok Tanjung.
Nampaknya tradisi kita, hanya dapat membina universiti di kawasan mereka yang berpangaruh.
Sebab itu saya cadangkan ADUN baru kita mesti ada ketokohan untuk menjadi MB. MP kita pula ada ketokohan untuk menjadi PM.
Kalau kita pilih wakil rakyat macam dulu2 sampai bila pun LMS tidak Maju.
Lihat orang Gua Musang menjerit2 untuk mendapatkan Lebuh Raya.
Tapi orang LMS tidak berteriak kepada TPM untuk membina lebuh Raya Selama-Jelapang.
Saya lihat GUA MUSANG akan maju lagi meninggalkan Batu Kurau.
Saya tak nampak ada masalah sebab kita pinjam SUKUK untuk membinanya. Lagi pun dari Anak Kurau hingga ke Kubu Gajah lebuh raya tersebit melalui estet sahaja kecuali ada sedikit tempat2 tertentu.
Sekian
Estetnya kepunyaan 'orang UMNO' juga (ahli lembaga pengarah). Puak2 Cina tu tentu suka jalan dibina melalui estet mereka.
Diharap DS akan terus memperjuangkan pembangunan di Kubu Gajah & Pondok Tanjung. Kalau Bukit Merah ada Kolej Kejururawatan, kenapa kita tidak boleh ada kolej pertanian atau pun maktab perguruan mahupun cawangan Universiti Pertahanan memandangkan aset flora & fauna yang ada di kawasan kita amat mengagumkan. Hutan Simpan Pondok Tanjung tersimpan khazanah negara yang harus dikaji dan dijadikan pusat penyelidikan dan pembangunan intelek negara.
DS juga diharap terus memperjuangkan fasilitasi setempat untuk kemudahan infrastruktur penduduk setempat. Cadangan Stesen keretapi Pondok Tanjung bagi landasan berkembar MMC-Gamuda wajib direalisasikan bagi kemudahan penduduk Selama Kedah, Selama Perak, Serdang, Kubu Gajah, Ijok, Bt Kurau,Ulu Sepetang dan kawasan sekitar untuk kemudahan pengangkutan moden dan memajukan kawasan ini sejajar dengan pembinaan universiti/kolej/maktab di kawasan ini kelak.
Pembukaan kawasan perkilangan moden seperti Kulim Hi-Tech wajib dijadikan agenda dalam perancangan kemajuan kawasan DUN Kubu Gajah & Pondok Tanjung untuk membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat disamping menjana peluang pembangunan ekonomi untuk membawa penduduk Kubu Gajah ke arah mencapai tahap pendapatan tinggi menjelang 2020.
Sebagai seorang YB yang amat berkarisme tinggi dan disegani ketokohannya saya yakin penuh YB akan dapat memperjuangkan kemajuan kawasan ini sebaik mungkin.
Akhir kata, semoga YB menang dengan majoriti besar dan penuh bergaya dalam PRU13 nanti.
Post a Comment