Masalah jalan ke ladang sawit milik penduduk di Kampung Segar, dekat Bagan Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah dijangka selesai tidak lama lagi.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar melawat jalan yang bertanah merah dan berusaha untuk menaikan taraf jalan tersebut bagi keselesaan pemllik ladang di kawasan seluas lebih 500 ekar yang membabitkan lebih 100 orang pekebun kecil.
Segala hasil digunakan melalui jalan tersebut dan jalan jika berlaku hujan ia akan menimbulkan kesulitan kepada pengguna.
Penduduk tiada pilihan melainkan menggunakan satu-satunya jalan tersebut untuk ke ladang mereka.
Turut hadir Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Zaulkifli Ahmad dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
0 comments:
Post a Comment