Template by:
Free Blog Templates

24 June 2012

KEMAS






Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar, pagi tadi meluangkan masa menghadiri program gotong royong membersih sekitar bangunan pejabat Kemas Kubu Gajah.

Beliau sempat beramah mesra dengan kakitangan Kemas dan penduduk tempatan yang terlibat dalam gotong royong tersebut.

Turut hadir Pengerusi Rukun Tetangga Kubu Gajah,Abdul Karim Ismail dan Ketua UMNO cawangan Kubu Gajah, Abu Samah Aliddin.

3 comments:

Anonymous said...

Nik Kampung Kelian

Terima kasih atas projek KG. Kelian walau pon di perbesar bertompok-tompok...sebab tuan tanah tak mahu beri tanah untuk pembesaran jalan.

Namun untuk pengetahuan tanah Kg Kelian belum di beri Geran kepada penduduk. Maka Kerajaan Negeri berhak untuk mengambil tanah ini untuk di buat jalan. Tanpa satu sen pun bayaran pampasan.

Mohon Yb panjangkan ke pejabat tanah supaya di gazet kan jalan di dalam tanah geran yang di beri nanti supaya lebih besar...

Anonymous said...

YMDS,
Yang saya hairan YMDS sediakan tanah untuk universiti di Pondok Tanjung.

Tapi kerajaan BN hendak bina di Selangor yang tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Selangor.

Perkara beginilah yang saya susah hendak fahami walaupun saya orang UMNO.

Lagi satu saham FGVH. Bagaimana orang FELDA hendak jual saham pada 28.6.2012 ini.

Kedai saham mahu 3 bulan payslip, penjamin dll. jika hendak jual saham mereka. Saya tak ada 3 bulan pay slip dan tiada seorang pun hendak menjamin saya. Bagaimana nak jual saham global.

Inilah yang saya tidak faham hingga hari ini.

Banyak lagi yang saya tidak faham terutama sekali 'winnable candidate'. Kalau tiada payung terjun susahlah nak menang di kawasan kritikal

Saya tahu pucuk pempinan UMNO tidak mahu payung terjun tapi Selama dan IMS ramai juga yang payung terjun sejak dulu lagi sudah menang.

Anonymous said...

YMDS,
Kalau UMNO kalah di kawasan kita ialah disebabkan 3 perkara.

Pertama UMNO tidak mengenalpasti mereka yang bersifat seperti A.Samad Said.

Orang begini jika tidak mendapat sesuatu dari kerajaan akan bencikan kerajaan.

Yang kedua UMNO tidak mengenalpasti mereka yang membenci sebahagian daripada pemimpin UMNO tapi tidak membenci pertubuhan UMNO.

Yang ketiga UMNO tidak menegenalpasti mereka yang sudah jemu dengan UMNO dan mahukan pembaharuan.

Mereka ini akan mengundi berdasarkan isu. Sebenarnya mereka tidak benci UMNO tapi mereka lihat isu

Yang penting pada masa sekarang UMNO hendaklah buat macam Lim Guan Eng menyaman Utusan. Jika ada memfitnah pemimpin kita hendaklah saman mereka sekarang juga, sebelum PRU.

Jangan tunggu2 lagi jika hendak menang. TERUSKAN MENYAMAN mereka.

Bila saya dengar MP Kulim Serdang banyak yang tak betul terhadap tuduhan mereka tapi pemimpin UMNO tidak menyaman mereka. Kenapa?

Susahlah nak menang jika kita tak saman mereka yang memfitnah.