Template by:
Free Blog Templates

22 June 2012

Jalan bendang luas










Jabatan Kerjaraya (JKR) digesa mengambil langkah-langkah keselamatan bagi meggelakan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini di jalanraya di Kampung Bendang Luas, dekat Ijok.

Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata keadaan jalan di situ boleh menimbulkan kekeliruan kepada pengguna, terutama pada waktu malam atau cuaca buruk kerana keadaan jalan curam ke kampung yang berdekatan dengan jalan tersebut.

Beliau bersama Jurutera JKR Daerah Larut, Matang dan Selama, Mohamed Sallehuddin bin Othman turut bersama meninjau keadaan jalan yang dikatakan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya itu.

Kejadian kenderaan terbabas dan kemalangan sering juga berlaku disitu bagi pemandu yang keliru.

Jalan tersebut sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan kenderaan termasuk dari Pantai Timur dan Negara jiran, Thailand.

Sementara itu, Sallehuddin berjanji untuk mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan itu.

0 comments: