Template by:
Free Blog Templates

22 June 2012

Jalan Bagan Kerbau







Jabatan Kerjaraya (JKR) diminta mengerakan projek naik taraf jalan ke bagan Kerbau di kampung Teras.

Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, pihak berkenaan menurut penduduk terbabit telahpun membuat kerja menyukat, tetapi hingga sekarang jalan sepanjang 20 rantai itu masih belum dinaik taraf.

Perkara ini telah dibangkitkan ke pengetahuan Jurutera Daerah JKR Larut, Matang dan Selama, Mohamed Sallehuddin bin Othman, ketika meninjau keadaan jalan tersebut, petang tadi.

Untuk menaik taraf jalan tersebut, peruntukan sekitar RM 80,000 adalah diperlukan.

Bagi kira-kira 30 orang penduduk di Bagan Kerbau, itu adalah satu-satu jalan utama kampung mereka.

Turut hadir Ketua Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam.

0 comments: