Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar.meluangkan masa melawat bekas Bendahari UMNO Bahagaian Bagan Serai, Pah binti Hussein, 78 tahun di rumah anaknya di FELDA, Ijok.
Pah yang begitu terharu atas kunjungan Datu Seri Raja Ahmad pernah memegang jawatan penting parti dibawah kepimpinan Ketua Bahagian ketika itu Datuk Ramli Omar yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau yang kini uzur adalah juga ibu kepada Pengerusi Tetap UMNO Cawangan FELDA, Ijok, Shamsuddin Basiron.
Pah, kini tinggal di rumah salah seorang anaknya adalah seorang ahli wanita FELDA, Ijok yang amat aktif.
Sementara itu, di Kampung baru Redang Panjang, ADUN Kubu Gajah, melawat warga emas, D.Rengamah, 88 tahun yang terlantar sakit di rumah anaknya.
ADUN Kubu Gajah itu amat terharun kerana Rengamah amat mengenalinya ketika beliau mengunjunggi untuk menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda.
Masyarakat India di situ juga turut menyambut kedatangan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.
2 comments:
Salam orang FELDA,
FGVH Felda akan disenaraikan di pasaran pada 28 Jun.
Gas pada 11 Jun.
Bolehkah ia menjadi durian runtuh?
Kencana Petrol sudah mengah tak bermaya lagi. Bila gas keluar harganya mangkin menurun. Begitu juga FGVH.
Indeks sudah tinggi. Eropah bergolak. Sahamnya terlalu banyak beredar.
Pada 28 Jun kita boleh dapat FGVH dengan harga kurang daripada 4.65 kerana saham naik macam pasang surut pada hari pertama, kedua dan ketiga.
Cuba tanya orang FELDA sama ada mereka tahu jual saham hari pertama? Saya harap UMNO bantu mereka jual hari pertama dan beli balik bila 4.50 sen pada hari seterusnya untuk untung atas angin.
Sekian.
YMDS,
Tentukan yang orang India turun mengundi di PRU 13 ini.
Cuba buat penyelidikan kenapa orang kita ramai yang tak mengundi pada PRU12.
Kawasan kita kecil sahaja tapi semuanya macam hendak jadi CHIEFS sahaja, tidak mahu menjadi Indians. Sebab itu Red Indian di US lenyap dalam transformasi. Bila mereka mula berlari dalam dunia pekerjaan/ekonomi bangsa lain sudah melompat. Bila mereka berjalan bangsa lain sudah berlari. Perkara ini berlaku di negara demokarsi law of the jungle., bukan demokrasi Islam.
Post a Comment