Template by:
Free Blog Templates

18 November 2012

UMNO



Ahli-ahli UMNO semua peringkat diseru bersatu dan berdiri teguh di belakang presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi memastikan kemenangan cemerlang pada pilihanraya umum (PRU) ke 13.

 



Sokongan padu dan kerjasama erat ahli parti penting bagi memastikan kepimpinan UMNO sentiasa teguh.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis perjumpaan tertutup jentera pilihanraya parti di Selama petang tadi.

Turut hadir anggota exco kerajaan Perak, Datuk Sharani Mohammad yang juga ketua penerangan UMNO, timbalan ketua, Datuk Daud Yusop, naib ketua, Fauzi Kassim dan ketua wanita, Sawipah Yahya.













Beliau yang juga Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah menyeru ahli-ahli meletakkan kepentingan parti terlebih dahulu.

Beliau menyeru ahli-ahli UMNO memperkukuhkan perpaduan bagi menjamin kemenangan.

Beliau yakin keempat kerusi parlimen kekal ditangan Barisan Nasional (BN).

Shaarani kemudian memberi taklimat mengenai isu-isu semasa.

3 comments:

Anonymous said...

Kita akan bersatu jika kita ganti orang baru menjadi calon di kawasan yang tidak selesa asalkan calon lama tidak mensabotaj calon baru atau pun timbul semangat kedaerahan/kesukuan walaupun calon mereka yang kedaerahan itu macam tunggul kayu (tiada ketokohan untuk menjadi PM atau MB) mereka masih mahu orang mereka jadi calon.

Harap calon UMNO di kawasan ADUN Kubu Gajah mempunyai ketokohan untuk menjadi MB dan parlimen pula ada ketokohan untuk menjadi PM.

Kalau tidak LMS tidak akan maju macam LEMBAH KINTA.

Anonymous said...

Apabila kita tidak dapat menangkis isu semasa kita tidak akan dapat undi pemuda kecuali dari mereka yang menjadi ahli UMNO.

Ramai orang muda di kawasn kita asyik mentertawakan isu yang dibangkitkan yang tidak dapat ditepis pemimpin UMNO kerana kita asyik berkempen dangan menunjukkan statistik pembangunan dan ETP.

Orang muda hanya mahu dapat kerja dan dengar pemimpin UMNO dapat menerangkan isu pemberian tanah di LMS. Isu ini sudah masuk semua kampung tapi pemimpin UMNO kita tidak mengeluarkan risalah tentang (seperti) pemberian tanah, sebagai contoh berapa jumlah orang UMNO dan PAS dapat tanah.

Isu tanah munkin tidak dapat diatasi jika ketua kampung tidak menenal anak buah mereka yang spekulators dan yang berada.

Di Kubu Gajah misalnya ada orang (orang Sungai Malau Dalam) kita menyewa rumah mesra rakyat.

Ketua Penerangan kita mesti buat analysis dan homework, jangan asyik menerangkan pemberian kerajaan sahaj tanpa melihat sasaran jika hendak menang.

Pilihan raya sekarang bukan pilihan raya RED CARPET atau zaman Datuk Haji Hussein dahulu. Boleh dudok Ipoh dan Pulau Pinang tanpa bangunkan Selama.

Anonymous said...

Alangkah baiknya jika orang kuat UMNO tidak makan keliling seperti YB KJ dan Datuk Hamzah.

Kalau makan keliling orang yang sama jadi ketua bahagian dan juga menteri atau ketua pemuda juga adalah seorang menteri jika ia makan keliling. Sudah pencen pun dapat jadi Duta dan pengarah syarikat Tapi YB KJ kita tidak begitu. Beliua tidak Menteri walaupun Ketua Pemuda.

Kalau kita amalkan begini kita tidak akan ketandusan pemimpin.

Bila Mantan PM berceramah di MPI beliau mengatakan nak cari orang nak jadi MB Selangor pun susah kerana kita asyik megemukakan clon yang mempunyai ketokohan yang lebih rendah daripada kita. Kita buat2 terlupa/tersalah pandang ada ahli UMNO yang boleh jadi MB untuk diketengahkan (kerana kedudukannya dalam parti) tapi kita calonkan orang yang mempunyai ketokohan yang lebih rendah dari kita supaya kita.
dapat jadi YB untuk selama2nya

Istilah orang yang rajin dan orang yang smart dalam UMNO jelas kelihatan.

Yang smart hanya ampu perwakilan dan buat bising dalam mesyuarat agong dan hanya kelihatan dalam mesyuarat agong dan lepas itu asyik bodek pemimpin atasan. Kerja tak buat.

Ahli UMNO yang rajin pula bukan sahaja rajin menyusun kursi dan buat minuman bila mesyuarat agong tapi menghebohkan/menyampaikan semua/segala maklumat yang dapat menguntungkan ahli.

Sebagai contoh ada ahli UMNO yang mengambil borang saham BankRakyat/bantuan lembu dan berikan ke semua ahli. Begitu juga borang buka tanah baru. Inilah yang saya katakan ahli UMNO yang rajin tapi tidak smart. Yang smart selalunya mbil borang untuk saudara maranya sahaja dan kalu perkara itu sngat menguntungkan dia buat diam2 takut habunya semankin tipis.

Borang BR1M pun smart UMNO tak mahu tolong ambilkan. Rugi masa. Lebih baik mereka ikut punggung YMDS mudah2an dilantik jadi perwakilan atau Ketua Kampung menggantikan yang lama.

Yang rajin apa borang pun dia pass kepada semua ahli UMNO.