Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin
Bin Raja Haji Omar yakin Barisan Nasional (BN) pimpinan perdana menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak akan mencapai kejayaan cemerlangan pada pilihanraya umum
(PRU) akan datang.
Ini berdasarkan perpaduan yang dicapai dan kerja keras
ahli-ahli UMNO menghadapi pru.
Namun bilik-bilik gerakan UMNO bahagian Larut diarah bersiap
sedia untuk menghadapi pilihanraya umum (PRU) pada bila-bila masa.
Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja
Haji Omar berkata UMNO bahagian Larut mahu mempastikan jentera parti sudah
bersedia menghadapi pru dan mempertahankan kesemua kerusi yang dimenangginya
sebelum ini.
Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah
berkata demikian selepas melawat bilik gerakan dan mengadakan perjumpaan dengan
pusat daerah mengundi (PDM) Batu Kurau.
Beliau yakin BN di Perak yang diketuai menteri besar, Datuk
Seri Dr Zambry Abdul Kadir mampu mencapai keputusan yang cemerlang berdasarkan
keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan BN.
Beliau berharap kerjasama semua parti komponen dalam menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib dalam menentukan pengagihan kerusi dan tidak akan mempertikainya di luar higga mengeruhkan keadaan.
1 comments:
MB kita katakan kita sudah siap berperang.
Kelemahan raja2 Melayu di Sumatra Timor pada tahun 1946 kerana mereka tidak bersatu disebabkan dialek yang berbeza2. Sembilan jajahan dan 9 dialek Melayu yang berbeza2.
Mereka bedaulat dan amat susah hendak dibunuh. Tapi mereka tidak mempunyai hulubalang (ketua menteri) yang kuat. Bila PKI menyerang, mereka tidak mempunyai pemimpin askar yang yang paling gagah.
Natijah yang dapat kita ikuti daripada kekalahan ini kita hendaklah memilih calon yang lebih kuat daripada calon pembangkang kecuali di kawasan yang kita sudah tentu menang seperti di Johor dan Melaka.
Laman web UMNO hendaklah menerangkan segala maklumat yang salah yang telah diketengahkan pembangkang. Risalah edaran juga hendaklah diedarkan seperti DAP.
Saya masih berharap YMDS bertukar tempat dengan MB kalau beliau betul2 sayang kepada YMDS. Senyumannya selalu macam tak habis. Beliau tak perlu takut. Hanya dengan cara swaping, kita boleh mengekalkan calon lama di tempat bahaya, 50-50.
Cuba YMDS tunjukkan cadangan saya ini kepada YMDS.
Post a Comment