Bekas kakitangan KEMAS diseru
agar menghantar telegram mengucap terima kasih kepada perdana menteri, datuk
seri najib tun abdul razak diatas pemberian bonus rm 3,000 kepada mereka.
Ternyata Datuk Seri Najib tidak
lupa dengan segala pengorbanan anggota KEMAS yang kebanyakan mereka berkhidmat
secara kontrak.
Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk
Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap
meresmikan majlis perjumpaan persatuan bekas kakitangan KEMAS peringkat
parlimen Larut di Selama, petang tadi.
Turut hadir presiden persatuan
bekas anggota KEMAS Malaysia, Datuk Hajjah Melati Ali, ahli dewan undangan
negeri (ADUN) Selama, Datuk Daud Yusop dan pengerusi persatuan bekas anggota
KEMAS cawangan Perak, Saidin Yusof di majlis yang diadakan di rumah rehat.
Pada masa ini, terdapat lebih
9,000 bekas anggota KEMAS yang menyertai persatuan tersebut yang ditubuhkan dua
tahun lalu di seluruh negara.
Beliau yang juga adun Kubu Gajah
kagum dengan penderian mereka yang sentiasa berada di belakang perdana menteri
walaupun tidak lagi bertugas.
Dengan sokongan tersebut, beliau
percaya rakyat di negara ini masih mahukan Barisan Nasional (BN) menjadi
kerajaan bagi memperjuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair.
Beliau turut memuji persatuan
tersebut yang tampi bagi nenbantu jentera pilihanra BN menjelang pilihanraya
umum (PRU) ke 13.
Beliau yakin bn akan mencapai
kejayaan di peringkat parlimen dan juga negeri, bahkan tidak mustahil jika
negeri-negeri yang kini ditangan pembangkang akan kembali kepada BN.
Pada masa ini, negeri-negeri yang
ditadbir pembangkang ialah Kelantan, Kedah Pulau Pinanag dan Selangor.
3 comments:
Kami ahli UMN0/MCA/MIC Kubu Gajah akan meanghantar surat terima kasih ke PM jika beliau merealisasikan lebuhraya Jelapang-Selama
Harap saham dan keuntungan FGV akan naik (melebihi keuntungan koperasi FELDA) sebelum PR 13 supaya FELDA Ijok memberi sokongan 100% dan YMDS bertukar tempat dengan MB supaya kita menang bergaya dan juga Pangkor.
Saya harap kes YMDS diselesaikan sebelum PR 13 untuk menang.
Kalau $10,000 kena denda tak boleh masuk calon lagi. Harap akhbar tersebut yang kena denda, bukan YMDS.
Post a Comment