Rakyat harus sensitif dengan adat resam dan kebudayaan
pelbagai kaum di negara ini demi mencapai perpaduan dan kesejahteraan.
Negara akan hutu-hara jika api perkauman dijadikan agenda untama mana-mana
pihak menjelang pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin
Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap dimajlis penyampaian
sumbangan deepavali di Kubu Gajah, petang tadi.
Turut hadir pengerusi MIC Laeur, D.Thevrajoo dan pengerusi PPP Larut, R.Gopalan di dewan orang ramai kampung tersusun.
Turut hadir pengerusi MIC Laeur, D.Thevrajoo dan pengerusi PPP Larut, R.Gopalan di dewan orang ramai kampung tersusun.
Malaysia menjadi contoh perpaduan kaum terhebat di dunia kerana berjaya memupuk semangat perpaduan berbilang bangsa.
Ramai rakyat asing yang terpesona kerana Malaysia penduduknya bukan sahaja berbilang kaum, tetapi menyambut perayaan yang juga berbeza secara bersama.
Beliau mengajak semua pihak menjadikan peristiwa hitam 13 Mei 1969 sebagai
iktibar jika isu perkauman dibangkitkan.
1 comments:
Saya harap YMDS suruh Ustaz Nazri Din berdebat dengan P. Uttayakumar kerana beliau suka berdebat?
Post a Comment