Template by:
Free Blog Templates

13 November 2012

Jalan lurus

Projek meluruskan jalan Kubu Gajah ke Ulu Sepetang di Batu Kurau berjalan seperti yang dijadualkan.

Pakej terbaru melibatkan jalan sepanjang kira-kira 4 kilometer dari jalan dekat sekolah menengah Kubu Gajah hingga ke Ladang Malaya.


Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat dan meninjau jalan tersebut hari ini.

Projek yang dianggarkan sekitar rm 10 juta itu juga melibatkan pembinaan sebuah jambatan baru.

Tender dijadualkan tutup awal bulan disember dan kerja-kerja akan bermula awal tahun depan.







Pakej kedua pula melibatkan jalan dari ladang Malaya hingga ke Ulu Sepetang dekat Telaga Party.

Kos perlaksanaan akan meningkat kerana melibatkan pembinaan beberapa buah jambatan.

Kerajaan tiada pilihan kerana terlalu banyak sungai di dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah dan Batu Kurau.

Projek meluruskan jalan KubuGajah ke Selama dan rancangan tanaj belia khas (RTBK) beberapa tahun yang lalu atas peruntukan kerajaan pusat yang diusahakan oleh Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ketika menjadi ahli parlimen Larut.









Dengan menaik taraf jalan Kubu Gajah ke Ulu Sepetang ini, nilai tanah juga akan naik selain memesatkan lagi pembangunan.

Sementara itu, beliau berkata dengan pembinaan projek susur keluar dekat Alor Pongsu di lebuh raya utara-selatan, ia juga membantu pembagunan di Kubu Gajah dan Selama.

2 comments:

Anonymous said...

Bila nak luruskan jalan dari kilang minyak kelapa sawit Kubu Gajah ke lengkok depan 'kedai' membuat hasil cement selepas Lembah Keluang dekat rumah staff hospital (tanah Pak Aji Dollah/Hajh Masnun) supaya Kubu Gajah jadi sebuah pekan yang lebih besar dan Lembah Keluang kembali kemercu tanda kegelilangannya dari segi sejarah (Kubu Gajah dulu hutan tapi lembah Keluang sudah maju semasa Kubu Gajah masih belentara).

Anonymous said...

Kalau nak naikkan nilai tanah FELCRA Sungai Malau buat kerjasama dengan Malaya Estet menaiktarafkan jalan estet Sungai Malau dari Jalan Taiping ke Bagan Serai.

Jalan ini sudah sedia ada tapi perlu di tar sahaja. CSR estet tersebut dapat menjayakan projek sosial yang saya maksudkan. Mintalah pertolongan Sime Darby. Harap YMDS juga berkawan baik dengan Sime Darby.

Datuk Musa Hitam sudah mahu berhenti jadi pengurusi Sime Darby. Bolehkah YMDS atau Datuk Hamzah melobi untuk mendapatkan jawatan yang berprestij ini---lebih baik dari kerja ADUN Kubu Gajah kerana banyak anak syarikatnya yang membantu lebih banyak menambah elaun daripada elaun menjadi ADUN Kubu Gajah.