Template by:
Free Blog Templates

11 November 2012

Taklimat




UMNO bahagian Larut akan menumpu program setiap hujung minggu di peringkat 46 pusat daerah mengundi (PDM) dalam Parlimen Larut.

 





Ia bagi membiasakan jawatankuasa PDM dengan keadaan persekitaran kempen pilihanraya umum (PRU).
 
Ketua UMNO bahagian Larut,  Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata selepas berakhir xplorasi jelajah PDM peringkat dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah, petang tadi.

Program sehari itu juga bagi membiasakan mereka dengan bahang pilihanraya.

Selain menguji pengalaman, program itu lebih kepada usaha meningkatkan kemesraan dan semangat perpaduan ahli parti.

















 
Katanya Barisan Nasional (BN) bukan sahaja akan mempertahankan kesemua kerusi parlimen Larut, dun Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau yang dimenanggi pada PRU lalu, tetapi juga dengan keputusan yang lebih cemerlang pada PRU ke 13.

Program itu akan melibatkan 97 caeangan UMNO dalam 46 PDM. Peringkat awal sebanyak 13 PDM terlibat.

1 comments:

Anonymous said...

Bila nak buat program peraduan menembak kera dan menjerat ular tedung di kampung YMDS.

Haji Rejam mempunyai lebih 300 ekar kebun sawit di daerah LMS tapi berdasarkan laporan pekerjanya, ular senduk/tedung yang paling banyak di jumpai ialah di keliling rumah Raja Omar ayahanda YMDS, mengatasi di kawasan2 lain di semua tempat mereka bekerja di Krian dan LMS.

Cuba YMDS tanya mereka (orang Indon) Bila turun padang saya harap YMDS jangan hanya tumpukan
pertanyaan kepada JKKK.

Tumpukan juga kepada belia yang asyik merambu kenapa mereka tidak mendaftar sebagai pengundi.

Saya harap YMDS jangan beri 200 ringgit kecuali mereka telah mendaftar sebagai pengundi.

Obama menang atas bantuan belia yang berdiri atas pagar (70% daripada belia yang berdiri atas pagar). Tapi, macam mana UMNO nak buat dengan belia yang berdiri atas pagar di LMS.

Mereka mahu pekerjaan bukan 200 ringgit sebab itu kita mesti ada kilang di kawasan ADUN Kubu Gajah kerana ia dekat dengan pelabuhan Pulau Pinang.

Lagi satu mereka mahu talipon murah dengan rebet 200 ringgit, bukan talipon yang harganya lebih 2000 ringgit. Kalau begini tauke talipon jual mahal yang mankin kaya.

Belia LMS suka isu. Tapi kita asyik cerita tentang pembangunan tapi tidak menepis segala tomahan.

Di dewan kita berbahas tentang isu Federal/Ipoh/negeri Perak tapi tidak tentang isu pembangunan ADUN Kubu Gajah.

Apa yang saya harapkan semua isu yang dibentangkan dalam blog YMDS hendaklah dibacakan dalam dewan. Tak usah peduli tentang isu Federal kerana itu isu Dato Hamzah. Hal IPOH berikan Ke Lim Kiat Siang.

Saya lihat ahli parlimen Sabah sudah mula pandai mengemukan isu kampung mereka. SYABAS/ TAHNIAH saya ucapkan. Mereka tak peduli KL atau Putrajaya.