Ahli
dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin
Raja Haji Omar menegaskan sudah tiba masanya jalan dari batu 20 ke redang
panjang sepanjang kira-kira 12 kilometer yang berkedaan bahaya dan berselekoh
dinaikan taraf.
Beliau meminta jabatan kerja raya (JKR) negeri meluruskan jalan tersebut bagi
kemudahan orang ramai yang sering menggunakan jalan tersebut sebagai jalan
utama termasuk guru-guru sekolah yang berulang alik.
Jalan tersebut juga menjadi perhubungan diantara pengguna dari sempadan Thailand, Kelantan dan Grik ke Ijok, Selama dan Taiping.
Beliau berkata demikian selepas melawat jalan tersebut yang juga sering dinaiki air jika berlaku hujan dan mengakibatkan banjir serta sering rosak.
Ramai penduduk tempatan yang merugut kepada adun berenaan mengenai masalah jalan tersebut yang terlalu sempit dan mendatangkan bahaya bila kenderaan berselisih.
Kenderaan berat yang sering menggunakan jalan tersebut juga membimbangkan kenderaan lain yang lebih kecil.
Beliau telah membangkitkan masalah jalan tersebut ke pengetahuan pengarah JKR perak, Datuk Dr Safri yang memberi jaminan untuk menimbangkan permohonan menaik taraf jalan tersebut.
1 comments:
Diharap jalan yang banyak aksiden yang perlu diluruskan terlebih dahulu.
Kita mesti buat projek berdasarkan statistik, bukan dengar cakap orang. Kalau dengar cakap orang semua mahu jalan yang selalu mereka lalui diluruskan. Memang baik tapi kita mesti lihat prioriti.
Lebih 12 kemalangan berlaku depan selekoh maut dekat pengeluaran hasil simen dekat Simpang Lembah Keluang.
Hanya dua kemalangan berlaku di kawasan yang YMDS hendak luruskan.
Post a Comment