7 November 2012
Sekolah
Ibubapa digesa agar tidak hanya bersikap menyerahkan anak-anak mereka yang masuk pra sekolah hanya disebabkan ia wajib dilakukan mereka.
Tetapi, sebaliknya, mereka juga bertanggungjawab bagi menentukan pencaian terbaik pendidikan anak mereka sebelum menyertai Sekolah sebenar.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap mersmikan hari anugerah Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, pagi tadi.
Turut hadir Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Jamaluddin Din dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Hajjah Zaharani binti Osman dan Pengurus FELCRA Sungai Malau, Abdul Razak Ismail.
Beliau juga berharap tidak akan ada sikap yang hanya menjadikan pra sekolah ini hanya bagaikan melepas batu di tangga atau melihatnya hanya sebagai kelas kedua.
Beliau menegaskan, jika pra sekolah tidak penting masakan Kementerian Pelajaran menyediakan peruntukan yang begitu besar bagi mengadakannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment