Template by:
Free Blog Templates

6 November 2012

India


Kaum India juga mendapat pendidikan yang terbaik dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN).


Kerajaan BN pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersikap adil keatas pencapaian pendidikan semua kaum di negara ini.

Justeru sudah menjadi dasar kerajaan yang tidak akan menutup mana-mana sekolah sekalipun mempunyao pelajar yang kurang.


Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan hari anugerah sekolah kebangsaan (T) ladang Malaya dekat Kubu Gajah. Petang tadi.

Sekolah tersebut pada masa ini cuma mempunyai 14 pelajar dan tujuh orang guru termasuk seorang melayu.














Beliau mengingatkan, padah jika soal perkauman dibangkitkan dan menyeru masyarakat India bersatu menolak mana-mana pihak yang cuba mencetuskan perpecahan.

Beliau juga menyeru masyarakat agar menolak jika ada tanggapan sekolah jenis kebangsaan termasuk di ladang sebagai kelas kedua.















Katanya jangan mudah percaya dengan janji-janji manis mereka yang hanya pandai memancing menjelang pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

0 comments: