Template by:
Free Blog Templates

14 November 2012

Banjir




Penduduk di sekitar kawasan yang sering diancam banjir dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)) Kubu Gajah dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dalam kedaaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.


Lebih membimbangkan lagi bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan sungai dan mereka harus mengambil langkah yang lebih bersedia kerana kuatir berlaku tanah runtuh.


Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat bagi meninjau tebing sungai yang runtuh dan membimbangkan keselamatan pengguna jalan di Kampung Teras dekat Ijok.









Jalan juga ada yang rosak sejak hujan lebat sejak akhir-akhir ini dan membimbangkan kepada pengguna terutama penduduk tempatan.

Beliau juga terkejut dengan laporan mengatakan kerja-kerja membaiki bahu jalan Teras-Ulu Mengkuna yang baru, terhenti tanpa sebarang sebab.












Turut hadir Ketua Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

1 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya perkara ini sudah pun diatasi oleh mantan YB yang lama kerana beliau orang sana.

Apa yang saya takutkan YB2 jajahan/daerah Selama hanya membantu pembangunan Lembah Kinta.

Lihat sahaja rumah UMNO Sungai Bayor, jadi macam rumah hantu kerana YBnya tak suka duduk di sana.

Datuk Hamzah baru nak berjinak2 dengan kampung Sungai Seputih. Tapi agak terlambat kerana otak beliau masih terpaku di Ipoh dan KL sahaja.

Tak tahulah bila LMS akan maju seperti Sri Iskandar atau Manjung. Goodbye LMS. Anak2 kami akan berhijrah ke Ipoh dan KL.