Felda Ijok akan memiliki sebuah lagi taman bimbingan
kanak-kanak (tabika) yang selesa apabila bangunan yang ada sekarang dinaik
taraf.
Sebanyak rm 76,000 diperuntukkan bagi kerja-kerja membaik pulih bangunan tabika
tersebut.
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin
Bin Raja Haji Omar melawat bangunan yang sedang diubah suai itu,petang tadi.
Turut hadir ketua kampung Felda, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman, pengerusi jawatankuasa tabika, Dzamzinar bin Mokhtar dan guru tabika, Azura Arshad.
Turut hadir ketua kampung Felda, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman, pengerusi jawatankuasa tabika, Dzamzinar bin Mokhtar dan guru tabika, Azura Arshad.
Dalam tinjauan tersebut mendapati kira-kira 70 peratus kerja perlaksanaan projek tersebut siap sejak dimulakan lebih sebulan yang lalu.
Pada masa ini terdapat kira-kira 40 orang pelajar pra sekolah tabika tersebut.
Felda Ijok mempunyai dua buah tabika KEMAS dengan kira-kira 2,000 penduduk.
0 comments:
Post a Comment