14 November 2012
Rumah
Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar bersimpati dengan keadaan hidup seorang ibu tunggal, Zaharah binti Putih, 76 yang juga warga emas di Kampung Sungai Dendang.
Beliau meluangkan masa maelawat Zaharah yang tinggal sendirian. Beliau telah membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan membaiki rumahnya yang kecil tanpa bilik dan bilik mandi.
Saya telah mendapatkan bantuan baiki rumah daripada sebuah agensi Kerajaan yang akan melakukannya dalam masa terdekat ini.
Zaharah bagaimanapun, pada masa ini menerima bantuan bulanan daripada Baitulmal Perak sebanyak RM 200 bagi membantu hidup beliau.
Turut hadir Ketua Kampung Sungai Dendang, Ismail Don yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Semasa Ketua Kampung yang dulu Sungai Dendang berkembang dengan maju.
Tapi sekarang kemajuannya agak lembab. Adakah disebabkan Ketua Kampung atau pemimpin2 yang lain termasuk politik.
Saya lihat Ketua Kampung Teras lebih aktif. Ketua kampung Tebing tinggi masalah lalat, kera, lembu dll pun tak boleh buat apa2. Beliau hanya tunggu YMDS dan duduk kedai kopi sahaja. Pak Darus dari kampung YMDS pun asyik jadi penunggu kedai kopi.
Di ADUN kita ada kumpulan TAK KISAH.
Walau apa parti pun memerintah mereka tetap seperti itu juga.
Dapatkah UMNO mengenalpasti kumpulan ini selain melihat kepada yang duduk atas pagar.
YMDS asyik berkempen dengan orang tua tapi PM dengan orang muda. Mana lebih baik dalam situasi sekarang?
Post a Comment