Template by:
Free Blog Templates

12 November 2012

Rumah OKU




Yayasan bina upaya (YBU) diseru menambahkan lagi bilangan bantuan bina rumah dan baiki rumah.

 








Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata, masih ramai permohonan yang diterima daripada rakyat miskin yang tiada rumah dan rumah mereka berkeadaan uzur.

Beliau berkata demikian selepas melawat warga emas, Kamaruddin Bin Ishak, 87 tahun yang juga seorang kurang upaya (OKU) di kampung sungai Ara petang tadi.









Beliau yang tinggal dengan seorang anak lelaki juga memanjangkan permintaan mendapatkan bantuan baiki rumah kepada YBU.

Kamaruddin pada masa ini menerima bantuan bulanan daripada Baitumal.




Turut hadir ketua kampung sungai Ara, Haji Abdul Hali Abdullah yang juga pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

3 comments:

Anonymous said...

LMS hendaklhan juga menumpukan program/pembangunan untuk semua disamping untuk kampung dan golongan tertentu seperti lebuhraya Jelapang-Selama. Semua mendapat keuntungan daripadanya, kalau tidak LMS akan ketinggalan jauh dalam arus pembangunan. Lebih-lebihlagi jika dibandingkan dengan Sri Manjung dan Sri Iskandar, mahu pun bandar Briah.

Saya takut semua orang berhijrah ke bandar seperti penduduk kampung YMDS kerana tiada pekerjaan/pembangunan yang menjamin pendapatan mereka.

Anonymous said...

FGV turun lagi. Saya takut orang FELDA tak undi BN walaupun G3 dapat durian runtuh .

Dapat durian runtuh tapi FGV turun akhir2nya bila dihitung secara keseluruhan (termasuk bunga) tak dapat apa2.

Bayangkan durian dapat, FGV turun.

Datuk Sabri Dan Tan Sri Samad ni tahukah CPO turun tapi harga minyak sawit dan barangan hasil minyak sawit tak turun.

Dayfus nak tolong jual magerine minyak sawit dan pengeluaran yang lain2. Tapi kita masih bergantung pada CPO.

Saya harap Tan Sri Isa Samad tahu apa yang beliau cakapkan.

Kita mesti fikir apa yang kita cakapkan. Jangan macam Ananda sudahlah. Beliau nak ke Australia. No problem.

Anonymous said...

Sekarang OKU (Orang Kaya UMNO) hendaklah berdikari dan inovatif (kreatif). Sampai masanya orang yang bertaraf Tan Sri buat syarikat sendiri (bermakna KREATIF) untuk memberi pekerjaan kepada ahli UMNO.

Saya lihat ramai mereka sudah ada pengelaman.

Di Perak sahaja ada dua yang amat terkenal dan paling berpengelaman dalam pengurusan syarikat tapi tidak kreatif untuk membina syarikat mereka sendiri.

Saya harap kedua-dua mereka ini akan membina syarikat sendiri seperti syarikat TRADEWINDS (salah seorang lembaganya orang Perak).

Begitu juga persatuan Profesor. Saya harap mereka ini belajar dengan LIM KOK WING. Be creative professor! Jangan jadi profesor kawin 'janda'. Saya harap Tan Sri UMNO juga jangan kawin dengan syarikat bertaraf JANDA. Bina (create) yang baru, syarikat 'anak dara' maksud saya.

Kita mengutamakan kreativiti dan inovatif tapi OKU kita masih harapkan kerajaan walaupun seperti anak mantan PM Dr. Mahathir sendiri tidak mahu meghasilkan syarikat bertaraf multinational walaupun mereka penuh pengelaman. Inilah yang saya susah hati. Orang berpengelaman masih harapkan kerajaan untuk mendapatkan jawatan dalam syarikat.

Mereka asyik suruh orang macam kita kreatif dan inovatif tapi orang itu sendiri tidak kreatif.

Saya menghasilkan klon durian yang baru pun tidak diiktiraf. Ia 100% lebih baik dari Mousang King. Saya harap YB2 kita dapat membantu mereka yang menjumpai/mencipta klon baru. Kalau nak harap jabatan pertanian mereka mahu kertas laporan.

Tapi kawan saya yang membangunkan tapak sejarah Lenggong diiktiraf walaupun orang yang mula2 jumpa tapak tersebut bukan beliau.

Saya susah hati orang kaya UMNO (OKU) masih harapkan bantuan kerajaan untuk menjadi Chairman syarikat.