Template by:
Free Blog Templates

17 January 2012

Warga emas









Saya begitu terharu bila melawat sebuah keluarga yang terdiri dari seorang ibu, adik dan anak peremuan, ketiga-tiganya merupakan warga emas di Kampung Sangkut, Ulu Ijok, petang tadi.

Jamaliah musa, 60 tahun kini terlantar di rumah ibunya di Kampung Sangkut.

Ibunya Jamaliah yang pernah saya lawati sebelum ini juga uzur. Seorang lagi ibu saudaranya, juga uzur turut tinggal di rumah tersebut.

Saya kemudian melawat seorang lagi warga emas, Bakri bin Shaari, 70 tahun di Kampung Sungai Jernih juga di Ulu Ijok.

Bakri tinggal bersama isterinya.

Turut hadir Ketua Kampung Kampung Sangkut, Haji Mat Zan Kassim dan Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa.

di Kamung Bagan Bahru pula, Saya melawat ibu seorang ahli Jawtankuasa UMNO Cawangan, Jariah binti Shaharum,73 tahun.

Sebelum itu, Saya telah melawat beberapa orang penduduk yang juga merupakan warga emas termasuk ibu mertua Ketua UMNO Cawangan Kampung Mesjid, Aziz Jamil yang sedang dirawat di Hospital Taiping.

Beberapa orang lagi dari Kampung Sungai Ara, Sempeneh, Relang dan Kampung Anak Kurau juga sedang dirawat di Hospital berkenaan.

0 comments: