Template by:
Free Blog Templates

25 January 2012

FELDA-Aman jaya







Kerajaan Aman Jaya Negeri Perak pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir semakin diterima dan disenanggi rakyat kerana flasafahnya untuk membantu dan mendekati masyarakat semua kaum.

Kerajaan seperti inilah yang disenanggi rakyat kerana pemimpinya bersedia untuk turun ke padang bagi mendengar dan mengambil berat masalah mereka.

Dr Zambry mudah mendekati rakyat kerana latarbelakangnya yang pernah berdamping dan tinggal bersama rakyat biasa.

Saya berkata demikian ketika memberi ucapan di majlis pelancaran ceramah Kerajaan Aman Jaya Negeri Perak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah di FELDA, Ijok tengahari tadi.

Program itu melibatkan 10 buah Kampung dengan penceramah jemputan bagi memberi penerangan dan penjelasan mengenai program Aman Jaya yang diilhamkan oleh Dr Zambry sendiri.

Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor menjadi perhatian ramai kerana sikapnya yang bersedia menemui rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Malah, Menteri Besar itu juga besedia mengenepikan Protokol dan tidur di Mesjid bersama masyarakat Islam yang lain dalam program Kiamulai.

Sebagai Ahli Politik mereka sentiasa menjadi perhatian rakyat dan terdedah kepada kritikan, namun segala pendapat haruslah yang bersikap membina.

Mengenai propaganda politik yang dilemparkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, rakyat harus berfikiran waras dan tidak mudah terpengaruh.

Semakin hampir dengan Pilihanraya Umum (PRU) maka banyaklah kempen dan ceramah memburuk-burukan Kerajaan.

Begitupun, rakyat diingatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan tipu muslihat mereka yang cuba menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Turut hadir Pengurus FELDA, Ijok, Sarifuddin Dat dan Ketua Kampung, Haji Shukur Haji Jaman.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya ingin mendengar pemimpin yang difitnahkan menyaman mereka yang memfitnah pemimpin tersebut sebelum pilihanraya 13

Kerana kempen sekarang ramai yang memburuk2kan pemimpin daripada kerajaan.

Sebab itu saya syorkan YMDS mengumpulkan lawyer UMNO untuk memberetas fitnah.

Perak boleh diketuai oleh Datuk Nazri. LMS boleh diketuai Datuk Zihin member parlimen yang sudah pencen.

Jika UMNO hendak menang, semua tuduhan pemimpin hendaklah di
hapuskan sebelum PR 13.

Kalau YMDS buat kerja lain pun tak guna jika fitnah tidak dihapuskan.

Saya lihat kenapa DAP boleh menang bukannya sikap 'perkaumannya' tapi mereka menyatakan hampir semua 'goody' diambil pemimpin BN.

Saya berasa puas hati kerana Datuk Sharizat menarik diri.

Lagi satu saya lihat UMNO macam ketandusan pemimpin.

Tak adakah pemimpin wanita UMNO yang boleh menggantikan pemimpin sekarang. Sebab itu saya mahu UMNO menyediakan data base mengikut ranking macam pemain badminton dunia.

Kita tak mahu macam PAS hanya D, Nik Aziz sahaja yang boleh memimpin. Saya lihat ustaz Ghani Shamsuddin (ulama) lagi karismatik tapi sampai mampus pun mereka tak pilih orang begini. Mereka masih mahukan Tok Guru Kelantan/Trengganu.

Inilah yang saya maksudkan ketandusan pemimpin dalam politik Melayu. Begitu juga India dan Cina,