Template by:
Free Blog Templates

26 January 2012

Tangga ayam






Gelanggang sukan Petanque Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah akhirnya lengkap dengan tempat duduk bertangga ayam.

Kos membiyai projek tersebut yang melibatkan RM 10,000 telah siap dipasang.

Saya telah meninjau pemasangan tempat duduk berkenaan dan amat berpuas hati dengan perlaksanaanya kerana mengikut spekfikasi.

Turut hadir ialah Presiden Kelab Petanque DUN Kubu Gajah, Abdul Karim Ismail yang juga Pengerusi Rukun Tetangga Kubu Gajah.

Sebelum ini, gelanggang tersebut yang merupakan satu-satunya di Parlimen Larut dan kedua di Perak, telah dilengkapi dengan pemasangan Lampu Limpah untuk permainan di sebelah malam.

Sejak akhir-akhir ini permainan petanque menadi minat ramai, terutama penduduk Kubu Gajah dan setiap hujung minggu ada saja pertandingan yang dianjurkan.

Saya berbanggga dengan usaha kelab tersebut kerana bukan sahaja berjaya mencungkil ramai bakat baru, tetapi mewujudkan semangat perpaduan di kalangan penduduk.

Diharap kelab Petanque akan menjadi contoh kepada usaha memajukan sukan di peringkat luarbandar.

0 comments: