Saya merasa bimbang dengan keadaan jalan diantara Kampung Teras, Ijok ke Ulu Mengkuang di Ulu Selama yang dalam bahaya dengan jalan yang berlopak dan bahu tebing runtuh.
Dalam tinjuan yang Saya buat, mendapati jika jalan yang berlopak ini dibiarkan akan membahayakan terutama penunggang motosikal, terutama pada waktu malam.
Jalan ini rosak disebabkan kenderaan berat yang sering menggunakan jalan tersebut.
Pada masa ini, juga terdapat projek pembalakan dekat Hutan yang berhampiran.
Saya berharap pihak berkenaan terutamanya Jabatan Kerjaraya (JKR) akan mengambil tindakan segera keatas jalan yang rosak dan membahayakan itu.
Jalan ini sering digunakan oleh orangramai terutama mereka yang ingin ke Gerik, Pengkalan Hulu dan juga sempadan Betong.
Jalan ini juga menajdi laluan utama bagi para peserta Latihan Pusat Khidmat Negara (LPKN) di Kampung Teras.
Saya akan membawa masalah jalan ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan (JKT) Daerah Larut, Matang dan Selama yang akan datang bagi tindakan segera.
0 comments:
Post a Comment