Template by:
Free Blog Templates

6 January 2012

Tangga







Gelanggang petaque dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah akan dilengkapi dengan tempat duduk bertangga ayam.

Peruntukan sebanyak rm 10,000 telah diperolehi daripada Kerajaan negeri bagi perlaksanaan projek tersebut.

Saya melawat gelanggang Kubu Gajah bagi tujuan tersebut, petang tadi.

Turut hadir pengerusi kelab pentaque Kubu Gajah,Abdul Karim Ismail dan beberapa orang ahli jawatankuasanya.

Gelanggang pentaque Kubu Gajah adalah satu-satunya dibina di Parlimen Larut dan kedua di negeri Perak.

Diantara kemudahan lain yang telah disediakan di gelanggang pentaque Kubu Gajah ialah lampu limpah untuk permainan sebelah malam.

Saya berharap dengan kemudahan yang disediakan sukan pentaque dapat dipertingkatkan lagi khususnya di Dun Kubu Gajah.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Diharap dengan kemudahan ini YMDS dapat melobi supaya akademi bola dibina di Kubu Gajah.

Saya pun hendak lihat sama ada MB kita betul-betul baik dengan YMDS. Lagi pun beliau tahu YMDS juga 'Raja' bola, memang sesuai diletakkan di Kubu Gajah.

Terima kasih atas lobi YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Berdasarkan pendapat ahli psikologi sesuatu akademi yang berjaya bila pelajarnya tidak didedahkan kepada anasir luar.

Sebagai contoh latihan Arkam dibuat dikawasan dimana ahli-ahlinya tidak dapat banyak berinteraksi dengan orang luar terutama sekali yang bukan arkam.

Saya fikir akademi bola, kolej RISDA atau universiti Kolej hendaklah dibina di ulu-ulu separti di kawasan Selama,Pondok Tanjung, Kubu Gajah dan sepertinya. Untuk pengetahuan YMDS di kawasan IPOH sudah ada LAPAN institusi pengajaian tinggi (terutama sekali cawangannya).

Adakah semuanya hendak dibina di IPOH? Kalau semua hendak dibina dekat Ipoh saya takut ramai yang undi DAP masa depan. Lihat sahaja PR ke 13 nanti, supaya anak kita sudah tentu masuk Universiti kerana ada lapan di situ, sudah tentu satu daripadanya akan menerima pelajar yang paling minima kelulusanya.

Saya pun hairan kolej komuniti tidak bertujuan (berfalsafah) seperti yang ada di US.

Sepatutnya ia dibina di kawasan di mana rakyatnya tidak ramai masuk universiti seperti di Ijok, Banggol Jas, Pondok Tanjung. Tapi konsep kita ia dibina seperti di Taiping dan di bandar2 lain.

Diharap kerajaan hendaklah ke US bertanya tujuan kolej komuniti dibina.

Yang sebenarnya tempat kita sesuai untuk pembinaan institusi ikan air tawar, hidupan liar, institusi vertinery, institusi perhutanan, kelapa sawit getah dan seumpamanya.

Banyak pembangunan untuk kepentingan individu tertentu untuk membangunkan kawasan mereka tetapi tidak melihat ekologi setempat (catchment area).

Akhir-akhirnya jadi macam pelabuhan Kuantan dan Melaka. Kalau Formula 1 dibina di Johor Bahru sudah tentu kita dapat penonton Singapura datang ke sana juga. Begitu juga jika kita bina Mathai (Malaysia-Thailand) City di sempadan Kroh dan Betong.

Kita banyak keluar duit untuk JB. tapi kita tidak tahu jika kita bina Mathai CITY di sempadan ia juga boleh membangun macam JB