Template by:
Free Blog Templates

4 January 2012

Lawatan PM





Perdana Menteri Datuk Deri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan melawat Felda Ijok dalam Dun Kubu Gajah pada 14 januari ini.

Perdana Menteri akan menghadiri satu perhimpunan bersama peneroka Felda.

Itu adalah lawatan rasmi Perdana Menteri ke Felda Ijok yang merupakan tanah rancangan Felda pertama dibuka di negeri Perak pada tahun 1962.

Felda Ijok akan menyambut Jubli emasnya bulan julai ini.

Satu mesyuarat bagi membincangkan lawatan Perdana menteri diadakan petang tadi yang dipengerusikan pegawai daerah, Harun Rawi.

Saya turut hadir bersama ketua penolong pegawai daerah Larut Matang dan Selama, Hajii Yusop dan penghulu Ijok serta pengurus Felda yang baru dan ketua kampung.

6 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Boleh tidak YMDS minta PM memilih semua pengarah dan pengurusi semua SYARIKAT FELDA dan anak-anak syarikatnya dipilih daripada anak-anak penorka. Saya D.S. Isa Samad jadikan penasihatnya sahaja sudahlah.

Anak2 orang FELDA lebih ramai yang lebih pandai dari Pengurusi FELDA yang ada sekarang tapi mereka tidak diketengahkan.

Terima kasih YMDS

Anonymous said...

PLO ucapkan tahniah kepada semua warga felda ijok kerana anak arwah Tun Razak pengasas LKTP sudi jejakkan kaki ke tanah Felda Ijok. Tahniah juga kepada DSAZ serta semua Urusetia yg akan menjayakan Majlis itu nanti. Semoga semua berjalan dengan lancar dan teratur. AMEEN..

Anonymous said...

YMDS,

Selalunya PM datang beri bantuan atau keuntungan saham.

Boleh tidak YMDS minta PM kita mengwujudkan bandar baru FELDA di FELDA Ijok dan namakan bandar tersebut bandar Datuk Sri Najib Tun Abd Razak untuk menjadi kemegahan warga FELDA dan mercu tanda bagi FELDA.

...kerana kawasan kita ini macam penuh babi hutan, kera dan ular tedung sahaja.

Bila saya lalu saya langgar babi hutan atau kera dan nampak ular tedung melintas sana sini.

Perlu juga kita perbandarkan setengah tempat supaya anak-anak kita mahu balik dari Ipoh atau Taiping.

Apa yang kita takutkan satu hari nanti AJK Polotik kita semuanya duduk di Taiping, Ipoh (UMNO), Bagan Serai dan Selama(PAS)

Cuba YMDS turun padang bertanyakan mereka kenapa mereka tidak mahu bermastutin di kawasan ADUN Kubu Gajah? Tak rugilah duit asyik turun padang dari Batu Kurau (N), Kuala Lumpur (Parlimen)(bagi UMNO); dan Kuala Lumpur (P) Bagan Serai (Negeri) (bagi PAS).

Ide turun padang ini hanya sesuai untuk jawatan exco ke atas. Yang lain duduklah di kampung kita.

Sekian

Anonymous said...

YMDS,

Strateji yang UMNO tak mahu ikut ialah berkempen hanya di kawasan yang tidak selesa atau kalah.

Kawasan yang sudah tentu menang tidak payahlah berkempen kerana ia merugikan.

Kalau UMNO betul2 pandai semua heavy weight pemimpin UMNO hendaklah berkempen di DUN Kubu Gajah tinggalkan saja kawasan seperti PEKAN atau Pangkor kerana ia sudah dalam tangan (rugi masa dan duit sahaja).

Sepatutnya sepanduk pembangunan Kubu Gajah hendaklah dibangunkan mulai sekarang supaya rakyat tahu apa yang telah dimajukan di kawasan ADUN Kubu Gajah.

Saya sangat berterima kasih kerana PM datang ke sini. Lepas itu sepatutnya TPM dan seterusnya MB untuk menunaikan janji mereka. Tinggalkan saja tempat yang sudah tentu boleh menang.

Saya hairan ramai yang tidak setuju cadangan saya.

Lagi satu MB kita mahu mengekalkan mereka yang kalah menjadi calon. Saya setuju tapi Pangkor berikan kepada wakil rakyat yang kalah dan MB kita gantikan tempat mereka.

Kalau tiadapengorbanan susahlah UMNO hendak menawan PERAK.

YMDS munkin tidak tahu pengorbanan saya berhenti kerja lebih awal supaya tempat saya digantikan oleh anak-anak kita.

Sekian

Abdul Murshid said...

Tahniah saya ucapkan kepada YMDS Ketua & Jawatankuasa UMNO Bhg dan YBM ADUN Kubu Gajah akan lawatan YAB Perdana Menteri yang akan datang. Semoga majlis berjalan lancar dan lawatan YAB PM akan membawa era baru dalam pembangunan kawasan Kubu Gajah secara amnya dan Felda Ijok secara khususnya.

Anonymous said...

YMDS,

Selain pemimpin politik perlu juga YMDS menjemput pengurusi Bousted, Sime Darby, Genting Plantation dan Riverview untuk sama-sama memajukan Kubu Gajah kerana orang UMNO ada juga jadi pengarahnya.

Kalau harap kerajaan sahaja hendak memajukan Kubu Gajah lambatlah sedikit.

Saya masih berdoa supaya YMDS menjadi salah seorang pengarah Boustead, Sime Darby atau Genting Plantation supaya Kubu Gajah dapat dimajukan.

Kalau YMDS jadi pengarah syarikat yang ada sekarang sudah tentu YMDS akan memajukan Lembah Kinta dan Batu Gajah dan akan meninggalkan pembangunan Kubu Gajah. Berbuat baiklah dengan Menteri Kewangan kedua. Jemput beliau merasmikan persidangan UMNO LMS. Vincent Tan menjadi kaya kerana beliau pandai memilih siapa yang beliau harus ampu. Kalau kita ampu ikan bilis kita hanya dapat Datuk sahaja. Tapi kalau PM dan menteri Kewangan Kubu Gajah akan jadi Manjung atau Sri Iskandar.

Saya rasa lawatan PM ini akan dapat merealisakikan hajat YMDS seperti mengadakan Kolej RISDA macam yang di Melaka (bukan macam Kuala Kangsar) Universiti kolej, bandar vertinary di Pondok Tanjung disamping mempercepatkan pembinaan leburaya Jelapang-Selama dan membuat keputusan sama-ada lapangan terbang dapat dibina di Briah atau tidak.

Sekian.